Nuffnang

Ahad, 21 April 2013

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Arja Lee</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 09:47 AM PDT

<b>Arja Lee</b> Pasrah Ibunya Hidap Barah Lelangit | MyNewsHub

Posted: 21 Mar 2013 01:53 AM PDT

Pelakon yang memegang peranan sebagai lelaki dua alam dalam filem arahan Raja Azmi, …Dalam Botol, Arja Lee, 30, menyatakan dia pasrah melihat keadaannya ibunya, Salmah Aziz,60, yang menderita uzur akibat penyakit Barah Lelangit yang dihidapinya sejak 13 tahun lalu.

Kerana sedar dengan penderitaan ibunya itu yang perlu menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi selain pengambilan ubat-ubatan bagi mengurangkan kesakitan, Arja sering menjadikan ibunya itu sebagai idola dalam hidupnya.

Sebagai seorang anak, dia sentiasa mendoakan agar ibunya itu cepat sembuh dan tidak sengsara dengan penyakitnya itu.

"Entahlah susah untuk saya lafazkan perasaan ini bila mengenangkan keadaan ibu saya. Sudah tentu saya sedih, tapi sedih sahaja tidak memadai kerana saya perlu menggembirakan dia setiap masa.

"Bagi saya, ibu seorang wanita yang sangat kuat. Penyakit yang dialaminya, bukanlah penghalang untuk dia menjalani aktiviti harian seperti biasa meskipun saya seringkali melihat dia dalam kesakitan dan emosinya tidak menentu.

"Jadi saya dan adik-beradik yang lain akan cuba sedaya upaya untuk menggembirakannya. Kerana dalam keadaan kesihatannya seperti itu, adalah sangat penting untuk memberikan kasih sayang kepadanya setiap masa," katanya kepada portal murai.

Arja yang juga merupakan bekas peserta program realiti Fear Factor ini juga bakal membawa ibu kesayangannya itu bercuti ke Cameron Highlands untuk menunaikan impian ibunya yang ingin bercuti ke sana.

Semoga ibu Arja diberi kekuatan untuk menghadapi penyakitnya itu. InsyaAllah.

Oleh: JULIANA JOHAR

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Arja Lee</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2013 09:14 AM PDT

<b>Arja Lee</b> Berbogel | Kan Dah Kena Tegur dengan Menteri, Lu <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2010 09:00 AM PDT

Selingan di tengah malam , terbaca kisah Menteri Tegur Arja Lee Berbogel di Mstar :

" Akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan dalam Sunday Star, Ahad lalu melaporkan, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli yang memegang watak transeksual bernama Ruby dalam filem itu sanggup berbogel untuk memastikan lakonannya lebih realistik.
Kata Arja, keputusan berbogel itu dibuat selepas dia tidak berpuas apabila wataknya yang sedang mandi itu tidak kelihatan sempurna ketika dia memakai seluar dalam.
"Saya yang bersetuju untuk berbogel tetapi jangan terkejut anda semua tidak nampak "anu" saya kerana saya sudah "menyembunyikannya"," katanya dalam akhbar itu.
Sementara itu penerbit filem berkenaan Raja Azmi berkata, niatnya menerbitkan filem itu adalah untuk berdakwah kerana …Dalam Botol memberi mesej yang baik kepada penonton berdasarkan kepada kisah benar seseorang yang diadaptasikan dalam bentuk filem."
Akhirnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan meminta pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau dan mengambil tindakan yang bersesuaian sama ada dalam bentuk peringatan atau dalam bentuk lain kepada pihak terbabit.

Komen Peribadi : Dussh, dah berani berbogel dalam filem pula?  Alasan berdakwah? Apa pula lepas ini? Adegan Seks  untuk nampak lebih real dan melariskan filem? Ataupun Filem ini diadaptasikan dari kisah benar Ariel Peterpan, Luna Maya, Cut Tari and the Gang. Lepastu letak remark " Untuk tontonan 18 tahun ke atas saja". Umm, Malaysia Boleh, Bola Tak Boleh Ah Moi Boleh.
Dalam Botol, anu sudah disorokkan ianya tersembunyi
Memberi alasan mudah sekali
Nampak tak nampak tolak ke tepi
Publisiti yang dicari untuk melariskan filem kali ini?
Hik3, sorry merapu pula malam-malam begini. Yang berbogelnya lelaki, kalau wanita, tentu dah hangat kan dan sure sibukla Pakcik Google buat kerja.
P/s : Lu Fikirla Sendiri. It's take a small step to make a bigger step. Faham-faham la ya.
P/s/s : Azharudin Ramli ni adik beradik Azhar Ramli @ JAI ke? Fuhh, famousla bro JAI lepas ni. BeautifulNara pun tak boleh cari makan la camni. Hik3, gurau je bro.
P/s/s/s : Apa pula pandangan anda? Boleh terima ke alasan tu?

Azmeer, <b>Arja Lee</b> Terima Ijazah USM – Perak Today

Posted: 21 Sep 2012 08:22 PM PDT

Komposer terkenal Azmeer dan pelakon Arja Lee berasa gembira apabila mereka akhirnya menerima segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia (USM) selepas berhempas-pulas selama tiga tahun.

Menceritakan antara rintangan yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi pelajar, Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, 46, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik berkata, beliau terpaksa berjauhan daripada keluarganya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

"Saya seperti pelajar-pelajar lain tinggal di asrama kerana perlu menghadiri kelas setiap hari. Cuma pada hujung minggu saya balik ke Shah Alam.

"Namun hari ini segala rintangan dan dugaan itu telah terbayar. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya memperoleh ijazah," katanya selepas sidang keenam konvokesyen ke-46 USM di sini, pada Jumaat.

Azmeer menerima kucupan tahniah daripada dua anaknya Afrisya Adlina (kiri) dan Alani Marrisya, sambil diperhatikan isterinya Azira Azid selepas majlis konvokesyen.

Azmeer yang ditemani isteri Azira Azid dan dua anak perempuan mereka, Afrisya Adlina dan Alani Marrisya, mengucapkan terima kasih kepada USM kerana memberi peluang kepadanya untuk menyambung pelajaran.

"Terima kasih kepada USM kerana memperkenalkan Program Pengajian Warga Budaya dan ini adalah peluang untuk golongan artis seperti kami melanjutkan pelajaran," katanya yang merancang untuk menyambung pelajaran sehingga peringkat doktor falsasah (PhD).

Seorang lagi artis yang turut menerima ijazah dalam bidang Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) ialah pelakon Arja Lee atau Azharudin Ramli, 29.

Arja dan kakaknya Lin Ramli serta ibu mereka Salmah Aziz memerhatikan ijazah yang diterimanya.

Arja berkata, ijazah itu merupakan hadiah paling bermakna kepadanya dan keluarga.

Ditanya mengenai rancangan masa depan, Arja berkata, dia akan menumpukan kerjayanya dalam bidang lakonan sebelum merancang untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, Program Pengajian Warga Budaya yang diperkenalkan tiga tahun lalu adalah program khas untuk golongan artis menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Hari ini dua siswazah sulung program ini telah berjaya memperoleh ijazah dan ada enam lagi pelajar Warga Budaya sedang mengikuti pengajian. Kita percaya usaha USM ini sedikit sebanyak akan memberikan impak positif kepada industri hiburan negara," katanya.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan