Nuffnang

Selasa, 16 April 2013

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


Sinopsis Filem Kolumpo Arahan <b>Bront Palarae</b> - Blog Fyna | blogr.my

Posted: 26 Dec 2012 02:18 AM PST

Sinopsis Filem Kolumpo Arahan Bront Palarae - Blog Fyna

4 minggu lepas oleh fyna85 di blogfyna.com

Sinopsis Filem Kolumpo Arahan Bront Palarae, Azad Jasmin, Bront Palarae, info filem kolumpo 2013, kolumpo 2013, lagu melayu yuna zarai, Lirik KL Kita Yuna Qi, lirik lagu kl kita, OST Filem Kolumpo KL KITA Yuna Qi Razali, qi razali, qi razali lagu, review filem kolumpo, Sharifah Amani, sinopsis filem 2013, sinopsis filem kolumpo, sinopsis filem melayu, trailer filem kolumpo, yunalis zarai

Aksi Berahi <b>Bront Palarae</b> Dalam Jiwa Taiko

Posted: 01 Jun 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 1 JUN 2012: Pelakon kacak, Bront Paralae akui terkejut selepas menonton aksi berahinya bersama pelakon, Nadiya Nisaa ketika tayangan perdana Jiwa Taiko, kemarin.

Malah, Bront Paralae berkata dia sendiri tidak menyangka bahawa hasilnya menjadi seperti begitu realistik ketika dia bersentuhan dan berciuman dengan Nadiya Nisaa sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Saya pun tidak sangka hasil camera trick nampak realistik padahal saya dan Nadiya tidak bersentuhan langsung.

"Tetapi terus-terang ketika diarahkan oleh Osman Ali untuk melakukan babak itu, saya agak gementar kerana inilah pertama kali saya melakonkan babak yang agak panas dan berahi.

"Namun saya terima ianya sebagai cabaran dalam lakonan saya," jelasnya yang ditemui selepas tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini.

Babak aksi berahi itu dilakonkan dia atas sofa ketika Nadiya yang hanya memakai kemeja besar lelaki dicium oleh Bront dari hujung kaki hingga ke wajahnya.

Lebih menggusarkan Bront Paralae lagi, apabila dia perlu bergandingan dengan pelakon wanita berstatus isteri orang ketika melakonkan babak berahi berkenaan.

Namun dia bersyukur kerana Nadiya memberi kerjasama dan masing- masing tahu untuk menjaga batas.

"Pada mulanya, saya dan Nadiya ada berbincang mengenai aksi panas dan berhai yang akan kami lakonakan bersama kerana saya risau dia sudah berstatus isteri orang.

"Tetapi Nadiya juga memberi kerjasama kerana kami sudah lebih sepuluh tahun kenal dan agak rapat. Malah saya sudah anggap dia sebagai adik saya sendiri.

"Saya harap tiada pihak yang akan beranggapan buruk dengan aksi saya dan Nadiya. Lebih-lebih lagi daripada pihak suaminya.

"Tetapi jika ada menyentuh mana-mana pihak yang kurang senang, saya minta maaf," katanya yang memegang watak Pinto.

Sementara itu, Nadiya yang memegang watak Lara dalam filem yang hanya ditayangakan untuk 18 tahun ke atas itu berkata yakin suaminya akan memahami kerana dia telah menjaga batas ketika melakonkan aksi berahi tersebut.

"Saya memang tidak masalah untuk melakonkan aksi ini kerana saya tahu saya akan bersama kawan baik saya iaitu Bront.

"Dia pun faham saya perlu menjaga batas untuk melakonkan aksi tersebut kerana saya sudah berkahwin.

"Jadi saya hanya lakukankan sahaja tetapi saya akui agak terkejut apabila melihat aksinya kerana ketika melakukannya saya tidak banyak berfikir dan hanya go with the flow," terangnya yang memegang watak wanita liar di dalam filem tersebut.

Selain Bront dan Nadiya, filem yang akan mula ditayangkan mulai 14 Jun itu turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz, Beto Kusyairy, Soffi Jikan dan Mislina Mustaffa.

aku ADI EMRAN: GLAM LELAKI MAC 2013 : <b>BRONT PALARAE</b>

Posted: 24 Feb 2013 05:08 AM PST


Dah dapatkan GLAM LELAKI terbaru? Bront Palarae uals as cover guy! Baru dapatkannya malam semalam. Ingatkan nak terus entry ni semalam tapi tak ada mood ngko...... Ye la semalam lepas keluar tu bila tiba je umah ingatkan nak chas bateri kamera, carik macam nak rak ngko. Seingat aku, aku letak charger bateri tu kat satu tempat je, tapi seriusly tak jumpa..... Nak kata aku salah letak, tunggang terbalik jugak rumah tu aku kerjakan semata-mata nak carik tapi non hadoooo... Itu yang pertama, yang kedua besoknya (pagi tadi ler tu) kena kerja ngko. Ko bayangkan penjawat awam macam aku ni, hari Ahad kena kerja, maunya tak meroyan. Hah kesudahnya tak koser aku nak bukak laptop nak online bagai...
Tapi hari ni bila mood dah stable barulah ada nafsu sikit nak buat entry ni. Bront Palarae? Ahaks good choice! Wokey edisi kali ni GLAM LELAKI nak highlightkan 100 senarai sumber stail, gaya hidup, shopping, gajet dan grooming bagai. Ala-ala direktori laa.... excited jugak bila baca. Yang lain-lain tu kena beli dan baca sendiri..... Chauu, nak tengok ANTM cycle 19 kat STARWORLD HD. First episode ngko...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan