Nuffnang

Selasa, 16 April 2013

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Enggan Gosip Lebih Menyerlah - Gua.com.my

Posted: 16 Apr 2013 01:00 AM PDT

Hubungannya dengan aktres Neelofa, hangat diperkatakan. Namun pelakon, pengarah dan penerbit, Hans Isaac enggan membuka mulut tentang hal itu lagi.

"Kalau saya mengaku atau tidak, tidak akan mengubah apa pun. Saya pernah bersuara tentang kisah cinta dahulu, tetapi ia sebaliknya memberi masalah kepada saya. Saya tidak mahu ditimpa masalah lagi kerana banyak hati yang perlu saya jaga," kata Hans.

Bergandingan dengan aktres tersebut untuk filem terbaru arahannya, 'Lemak Kampung Santan', Hans enggan gosip hubungannya dengan Neelofa diberi perhatian lebih berbanding filem itu.

"Sebagai pengarah, saya akan rasa sedih jika filem saya diberi perhatian kerana gosip. Bukan kerana hasil kerja yang saya lakukan," ujar Hans ketika ditemui di majlis sidang media filem 'Lemak Kampung Santan' pada Selasa.

Menurut Hans, penerbit yang menggunakan kontroversi bagi mempromosikan filem sebenarnya tidak yakin dengan filem terbitan mereka.

"Kontroversi dan gosip sedikit pun tidak membantu melariskan filem. Penonton sekarang sudah lebih bijak dan mereka sudah boleh membezakan filem bagus dan teruk," kata Hans.

Mengulas tentang pemilihan Neelofa sebagai heroin Lemak Kampung Santan, Hans memberitahu dia sebenarnya menerima cadangan Aziz M.Osman. Ini kerana pada ketika itu dia tidak mengenali Neelofa.

"Pengarah Aziz M. Osman yang cadangkan supaya saya mengambil Neelofa sebagai watak utama. Pada awalnya saya agak ragu kerana tidak mengenali Neelofa. Tetapi Aziz meyakinkan saya bahawa Neelofa ada bakat dan dia kata 'she's a thinker'," ujar Hans.

<b>Hans Isaac</b> Akui Lemak Kampung Santan Klise - Gua.com.my

Posted: 15 Apr 2013 09:12 PM PDT

Selepas kejayaan filem 'Cuci' arahan Hans Isaac, kini pelakon dan pengarah itu kembali dengan taruhan terbarunya 'Lemak Kampung Santan' yang mengetengahkan kehidupan masyarakat Melayu di sebuah kampung.

Kalau filem 'Cuci' arahannya dulu lebih menunjukkan budaya masyarakat bandar dan urban, kali ini kata Hans dia mengeluarkan jiwa Melayunya untuk filem terbitan syarikatnya sendiri, Tall Order Productions ini.

"Pada awalnya ketika berbincang dengan Harith Iskandar yang juga selaku penulis skrip filem ini, dia seolah-olah tidak mengerti jalan cerita yang ingin saya sampaikan. Sebaliknya saya yang berbangsa Serani, lebih Melayu daripada Harith", kata Hans berbicara tentang elemen tulisan jawi, cerita hikayat dan budaya masyarakat Melayu yang diselitkan dalam 'Lemak Kampung Santan'.

Menampilkan Hans sendiri sebagai teraju utama bergandingan dengan aktres Neelofa, 'Lemak Kampung Santan' berkisar tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac) yang jatuh cinta dengan gadis kampung yang bernama Tiqa (Neelofa).

Secara zahirnya, filem ini dikatakan klise kerana mengetengahkan percintaan lelaki kaya dengan gadis kampung. Namun, kata Hans ada sesuatu tentang filem 'Lemak Kampung Santan' yang berbeza dengan filem-filem percintaan yang lain.

"Memang jalan ceritanya agak klise. Banyak filem Hindustan yang berkisar tentang lelaki kaya yang jatuh cinta dengan gadis biasa. Tapi saya ingin lakukan sesuatu yang biasa itu dengan lebih baik dan dengan cara saya sendiri", katanya.

Tambah Hans, apa yang berbeza tentang filem ini adalah pembayang yang diberikan dalam beberapa babak untuk merungkai apa sebenarnya yang berlaku di penghujung filem.

"'Lemak Kampung Santan' bukan setakat cerita cinta. Ada sesuatu yang lain mengenai filem ini iaitu pembayang di empat bahagian filem. Sekiranya penonton tidak fokus atau terlepas pandang salah satu pembayang, mereka tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan dalam filem ini", kata Hans.

Menelan belanja sebanyak RM 1.7 juta, 'Lemak Kampung Santan' turut menampilkan pelakon-pelakon hebat yang lain seperti Awie, Harun Salim Bachik, Natasha Hudson, Khir Rahman, Adlin Aman Ramli Afdlin Shauki dan ramai lagi.

Dijangka berada di pawagam sekitar bulan Jun, 'Lemak Kampung Santan' sudah siap sepenuhnya setelah mengadakan penggambaran pada tahun 2011 dan menjalani pasca-produksi selama setahun pada tahun 2012. Untuk makluman, file mini juga menggunakan teknik Computer Generated (CG) yang menelan belanja sebanyak RM300 ribu.

"Saya merupakan seorang yang begitu teliti dengan kerja saya. Pasca-produksi mengambil masa yang begitu lama kerana saya ingin pastikan semuanya cantik dan sempurna. Proses CG sahaja mengambil masa lima bulan. Kini filem ini sedang menjalani proses penapisan di Lembaga Penapisan Filem dan mungkin akan berada di pawagam sebelum bulan Ramadhan atau pada Hari Raya Aidilfitri", kata Hans.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan