Remy Ishak - Google Blog Search |
- Maraton Drama Lakonan Tiz Zaqyah & <b>Remy Ishak</b>, "Cinta Jangan <b>...</b>
- <b>Remy Ishak</b> Didakwa Timbulkan Masalah? | OHBULAN!
- Video : Aksi “Panas” Diana Danielle & <b>Remy Ishak</b> | OHBULAN!
Maraton Drama Lakonan Tiz Zaqyah & <b>Remy Ishak</b>, "Cinta Jangan <b>...</b> Posted: 03 Apr 2013 10:49 PM PDT Bagi semua peminat Remy Ishak dan Tiz Zaqyah, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama lakonan terbaru gandingan mantap kedua-dua pelakon ini berjudul "Cinta Jangan Pergi," yang bakal ditayangkan mulai 6 April ini di TV9. Secara umumnya, drama bersiri ini akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, namun begitu memandangkan pada Ahad (7 April) bakal berlangsungnya majlis berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), oleh itu pihak TV9 bakal menayangkan maraton untuk episod pertama dan kedua drama tersebut pada Sabtu ini bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam. Antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam menjayakan drama bersiri ini adalah Nadia Nisa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Eleza Shada dan Kartina Ayoob. Berikut kami lampirkan trailer drama 'Cinta Jangan Pergi' buat tontonan anda semua. Jom layan! |
<b>Remy Ishak</b> Didakwa Timbulkan Masalah? | OHBULAN! Posted: 05 Apr 2013 12:32 AM PDT Baru-baru ini Remy Ishak, 31, telah menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi teater "M.Butterfly" yang dijadual akan dipentaskan pada 11-14 April ini di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Pelakon ini memaklumkan kepada pihak produksi teater bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk dia memainkan naskah "M.Butterfly" yang mempunyai elemen seksual dan politik. Peranan Remy dalam pementasan teater ini kemudian telah digantikan dengan Benjy, 35. Kesan daripada ini, ia menimbulkan sedikit isu apabila Remy dikatakan mendiskriminasikan naskhah teater tersebut. Menurut salah seorang krew produksi, tindakan Remy ini menyebabkan mereka terpaksa membuat perubahan disaat akhir kerana pelakon baru terpaksa berlatih dari mula. Persoalannya, sebagai seorang pelakon dan penggiat seni, adakah wajar baginya untuk menolak watak ini disebabkan elemen seks dan juga politik didalam sesebuah naskhah itu? Jika benar pun, patutkah dia menarik diri disaat akhir sedangkan dia ada masa lebih kurang dua bulan untuk berbuat demikian sebelum ini? Untuk info, teater ini bakal dipentaskan tidak kurang lagi satu minggu dari sekarang iaitu pada 11-14 April ini. Karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa, pelakon dan pengarah teater/filem di dalam bahasa Melayu. Drama yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita. Bagi yang tidak tahu, "M.Butterfly" pernah dipentaskan di Euqene O'Neill Theatre, New York Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali yang sebelum ini. Selain itu filem "M.Butterfly" juga pernah memenangi dua anugerah iaitu "Cerita Terbaik" di Drama Desk Award dan Tony Award pada tahun 1988. Kredit foto : Feeq Photography |
Video : Aksi “Panas” Diana Danielle & <b>Remy Ishak</b> | OHBULAN! Posted: 31 Mar 2013 08:13 PM PDT Sekiranya sebelum ini aksi 'panas' antara pelakon genit, Nora Danish dan Rushdi Ramli mendapat kritikan hebat dikalangan peminat industri hiburan tempatan, terbaru adegan 'ranjang' yang melibatkan aktres cantik Diana Danielle dan Remy Ishak pula mendapat perhatian segelintir peminat filem. Pada 29 Mac lalu, pihak Grand Brilliance telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan aksi 'mesra' pelakon utama filem terbaru mereka yang berjudul "Sembunyi : Amukan Azazil," di mana secara umumnya video berdurasi 1:07 itu telah di potong dan tidak ditayangkan kepada tontonan umum di pawagam. Namun begitu, sejak video ini di muat naik di laman YouTube, ramai pihak telah megkritik adegan yang ditojolkan oleh Diana Danielle dan Remy Ishak, sehingga ada individu yang mendakwa adegan ini sengaja dipertontonkan untuk meraih perhatian penonton.
Berikut kami lampirkan adegan tersebut untuk rujukan anda semua. |
You are subscribed to email updates from Remy Ishak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan