Nuffnang

Selasa, 28 Mei 2013

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Tanam Cincin Cara <b>Aliff Aziz</b> Lupakan Cinta Lama | Kaki Bising Dot <b>...</b>

Posted: 19 May 2013 05:26 PM PDT

Aliff Aziz

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengambil langkah melupakan kisah cinta silam dengan menanam dua bentuk cincin yang pernah menjadi tanda ikatan cintanya dengan bekas kekasih.

Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 22, berkata, dia menanam cincin tersebut sebagai menghormati zaman percintaannya dengan bekas kekasih (yang enggan didedahkan namanya) dan ia juga sebagai cara bagi melupakan kenangan-kenangan manis bersama.

"Saya seorang yang sangat menghargai setiap perhubungan yang dijalinkan dan tidak akan buang cincin dalam tong sampah seolah-olah hubungan itu langsung tidak bernilai.

"Jadi saya ambil pendekatan menanam kedua-dua cincin tersebut bersama-sama dengan memori lama untuk memulakan hidup baru.

"Sedikit sebanyak dengan cara ini ia dapat melegakan hati ini. Saya sifatkan kegagalan cinta lalu sebagai proses pelajaran untuk menjadi lelaki lebih sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online petang Ahad.

Minggu lalu, Aliff telah memuat naik foto dua bentuk cincin yang mahu ditanamnya dengan kapsyen berbahasa Inggeris, 'Time to bury something that means nothing to me now. Moving on..R.I.P (Rest In Peace)' pada laman Instagram miliknya.

Tambah Aliff, dia berharap foto yang dimuatkannya itu tidak memberi gambaran negatif kepada mana-mana pihak yang merasakan dirinya sengaja ingin mencari publisiti murahan, sebaliknya laman sosial itu merupakan tempat dia meluahkan perasaan hati, untuk berkongsi bersama peminat-peminat.

Sementara itu, menerusi ruangan pojok yang dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Aliff dikatakan sekali lagi mempunyai masalah disiplin di lokasi penggambaran sehingga membuatkan produser menangis gara-gara kelakuan Aliff yang tidak menepati masa.

Sehinggakan salah seorang kru produksi terpaksa mengetuk bilik Aliff berjam-jam dan hal itu membuatkan pelakon lain turut bengang dengan sikap Alif.

Bagaimanapun, Aliff menyifatkan khabar angin yang mengatakan dirinya tidak berdisiplin sehingga membuatkan produser menangis adalah tidak masuk akal.

"Saya mengaku pada kejadian itu, saya tidur berjam-jam kerana tidak sihat dan telah pun mendapat sijil sakit (MC) daripada doktor untuk berehat secukupnya.

"Tetapi saya tidak sangka, apabila kru produksi sanggup masuk ke rumah saya dan cuba mahu membuka pintu bilik saya menggunakan kad, seperti pencuri pula dibuatnya.

"Lebih pelik lagi, apabila pengurus saya menunjukkan surat MC, kru itu berkata, tiada istilah MC dalam bidang lakonan ini. Apakah maksudnya itu? Dan kenapa mahu menyebarkan cerita yang berlebih-lebihan kononnya sikap saya membuatkan produser menangis? Rasa macam tidak masuk akal," tegasnya.

Aliff berkata lagi, dia pelik apabila dirinya sering menjadi sasaran kontroversi yang melibatkan kelakuannya itu sedangkan dia cukup berjaga-jaga dan profesional dalam bekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan