Nuffnang

Selasa, 28 Mei 2013

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


(Al-Fatihah) Ibu <b>Eira Syazira</b> Meninggal Dunia Pagi Tadi | Oh! Artis

Posted: 26 May 2013 11:27 PM PDT

eiradanazadnikah

Pagi ini tanggal 27 Mei 2013 menjadi satu titik hitam bagi pelakon cantik jelita Eira Syazira yang baru sahaja kehilangan ibu pagi tadi.

Ibu Eira, Che Ruhani Che Hassan telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi pada jam 7.20pagi dan berita itu disampaikan sendiri oleh Eira melalui laman sosial Twitter miliknya berbunyi;

Eira Syazira ‏@EiraSyaziraS
Salam. Bonda ku yg tercinta Allahyarhamah Che Ruhani Che Hassan telah pun kembali ke rahmatullah pd jam 7.20pg td. Al Fatihah..

Melalui akaun sosial Keek miliknya juga, terdapat ucapan daripada suaminya iaitu Azad Jasmin yang mengesahkan berita kematian itu. Namun, kami masih belum dapat mengenalpasti punca-punca kematian arwah.

May 27, 2013 | Al fatihah… by EiraSyaziraS on Keek.com

Di kesempatan ini, kami dari seluruh warga kerja Oh!Artis mengucapkan salam Takziah kepada Eira Syazira dan keluarga diatas pemergian ibunda tersayang.

Semoga roh Allahyarhamah Che Ruhani Che Hassan dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah.

BERITA ARTIS - Ibu <b>Eira Syazira</b> Meninggal Dunia - Gua.com.my

Posted: 27 May 2013 12:20 AM PDT

Selepas menderita penyakit barah payudara selama tiga tahun, ibunda tercinta kepada pelakon serta penyanyi Eira Syazira telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.20 pagi tadi. Berita pemergian arwah Che Ruhani Che Hassan dikongsi sendiri oleh Eira menerusi akaun Twitter miliknya.

Salam. Bonda ku yg tercinta Allahyarhamah Che Ruhani Che Hassan telah pun kembali ke rahmatullah pd jam 7.20pg td. Al Fatihah..

Allahyarharmah menghidap barah payudara sejak tahun 2010 namun mula menderita sakit tersebut sejak dua tahun lepas. Arwah yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Persint 20, Putrajaya sebelum waktu Zohor. Difahamkan, kesemua ahli keluarga turut berada di sisi arwah saat arwah menghembuskan nafas terakhir.

GUA ingin mengucapkan takziah buat Eira sekeluarga dan semoga roh Allahyarharmah dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan