Nuffnang

Selasa, 28 Mei 2013

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Cinta Sarang Burung <b>Fouziah Gous</b> Dan Zhafran | Oh! Artis

Posted: 01 May 2013 01:11 AM PDT

ohartis-fouziah-zhafran

Siapa tak kenal pelakon cantik manis Fouziah Gous yang dulu dikatakan hangat bercinta dengan pelakon Iqram Idzly dan selepas tu kerap dikaitkan dengan seorang VIP walaupun sering menafikan khabar angin tersebut.

Kini Fouziah Gous nampaknya tidak mahu berselindung lagi tentang hubungan cintanya dengan seorang lelaki usahawan muda yang dikenali sebagai Zhaf. Melihat gambar-gambar mesranya bersama lelaki yang muatnaik di laman sosial Instagram miliknya itu pasti yang dapat meneka bahawa Fouziah kini sedang dilamun cinta.

Malah Fouziah Gous yang diinterview baru-baru ini mendedahkan status sebenar dirinya yang kini bergelar kekasih kepada seseorang dan bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi.

"InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin tahun ini juga. Semuanya sudah dalam perancangan, tinggal masa sahaja. Sama ada akan bertunang atau terus nikah, itu semua masih lagi dalam perbincangan antara kedua belah pihak," kongsi Fouziah Gous yang bakal menjalani kursus kahwin tidak lama lagi.

"Kami hanya kenal sebagai kawan yang mana mahu berbincang untuk menjalankan perniagaan sarang burung. Tanpa disedar, bisnes yang kami jalankan bersama membawa hubungan kemi ke satu tahap yang lain pula. Apa yang boleh saya katakan, dia memiliki ciri ciri lelaki yang selalu saya bayangkan untuk menjadi suami kelak. Walaupun sudah stahun menjadi rakan kongsi, hubungan yang lebih serius ini baru sahaja terjalin," jelas Fouziah.

fauziah-gous-1

fauziah-gous-2

fauziah-gous-3

Fouziah juga memberitahu bahawa Zhafran tidak akan menyekat kariernya sebagai pelakon selepas berkahwin nanti kerana Zhaf tidak pernah berpandangan negetif terhadap bidang itu malah sentiasa akan menyokongnya dari belakang.

"Dia berjaya memikat hati saya kerana dirinya sendiri bukannya kerana dia selebriti. Bila bersama dengan dia saya tidak rasa dia seorang artis kerana pembawakan dirinya yang sederhana. Keikhlasan dia dapat saya rasakan."

"Selepas berkahwin pun saya tetap akan menyokong kariernya. Kami juga telah merancang untuk menjalankan perniagaan bersama selepas kahwin iaitu bisnes bird nest (sarang burung) sebagai mata pencarian dia selain daripada menjadi pelakon," Ujar Fouziah lagi.

Pengakuan daripada Fouziah pada minggu lalu telah disambut baik semua pihak dan khabarnya Zhaf juga telah membawa aktres itu bertemu pihak keluarganya. Berita gembira ini juga telah menutup cerita dan gosip mengaitkan Fouziah dengan VIP sebelum ini.

OHARTIS: SAMA CANTIK, SAMA PADAN DAH TU. SEMOGA FOUZIAH GOUS CEPAT-CEPAT NAIK PELAMIN.

Tiada ulasan:

Catat Komen