Nuffnang

Rabu, 1 Mei 2013

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


Lihat P.Ramlee Kena &#39;Boo&#39; Sedarkan <b>Jamal Abdillah</b> – Perak Today

Posted: 17 Apr 2013 07:45 AM PDT

Jamal (kiri) menyerahkan cek bernilai RM2,000 kepada Zed Zaidi sambil diperhatikan Mohamed Juhari (kanan) dan Faridah Ishak:-

Pengalaman menyaksikan bagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tidak diterima peminat apabila beliau kena 'boo' dalam satu persembahan pentas benar-benar memberi pengajaran besar kepada bintang pop, Jamal Abdillah.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 54, berkata, peristiwa itu masih segar dalam ingatannya dan ia turut mengundang rasa takut ketika memikirkan bagaimana peminat menolak karya-karya Allahyarham semasa zaman kejatuhannya pada tahun 1970-an.

"Kejadian itu saya saksikan sendiri ketika saya masih kanak-kanak. Pada waktu itu saya menonton persembahan P. Ramlee dengan beberapa artis lain termasuklah A. Ramlie dan L. Ramli di Kuala Selangor.

"Ketika P.Ramlee muncul, dia kena 'boo'. Peminat sudah tidak boleh terima muzik dia lagi pada waktu itu sedangkan dia adalah satu nama besar dalam industri seni. Ia membuatkan saya rasa takut," katanya kepada mStar Online.

Jamal ditemui pada majlis sidang media kedua, 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah – P. Ramlee Dalam Kenangan' di Pustaka Peringatan P. Ramlee, Setapak di sini pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara, Faridah Ishak dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.

Konsert yang akan menghimpunkan lagu-lagu P. Ramlee itu bakal di adakan di Istana Budaya di sini dari 30 Mei sehingga 2 Jun depan. Ia menelan kos hampir RM500,000.

Jamal berkata, peristiwa Allahyarham tidak lagi diminati itu membuatkan dia sedar kejadian yang sama boleh berlaku kepada mana-mana artis termasuklah dirinya suatu hari nanti.

Katanya, dalam menghadapi situasi itu, dia perlu memikirkan banyak perkara agar legasi seni yang ada pada dirinya tidak terus hilang begitu sahaja.

"Saya rasa benda ini akan berulang pada kita yang sudah 'lama' ini. Apa yang perlu, bagaimana kita nak kekalkan momentum diri kita ini agar tidak menjadi seperti itu," ujarnya.

Sementara itu mengenai konsert berkenaan pula kata Jamal, dia sudah memikirkan lapan segmen yang akan ditampilkan yang mana setiap segmen itu mempunyai tema tersendiri.

Antaranya ialah segmen 'romantis' yang akan memaparkan lagu-lagu cinta, 'riwayat ku' – mengisahkan bagaimana P. Ramnee dilupakan, 'jenaka' – menampilkan lagu-lagu mencuit hati dan juga 'barang yang lepas jangan di kenang' – paparan klip video menarik dan lucu mengenai Allahyarham.

Tambah Jamal, dia juga sudah bersedia dengan 30 buah lagu yang dijangka segar dalam fikiran peminat bersama 55 pemuzik orkestra di bawah bimbingan Leornad Yeap sebagai pengarah muzik.

Tiket- tiket serendah RM65 hingga RM455 sudah banyak dijual dan ia menandakan sokongan positif daripada penonton.

"Syukur setakat ini penjualan tiket amat menggalakkan dan saya mengharapkan ia akan terus mendapat sambutan hangat daripada orang ramai yang meminati lagu-lagu P.Ramlee," katanya yang mengakui tidak mendapat penaja bagi menjayakan persembahan berkenaan.

Terdahulu dalam sidang media tersebut Jamal turut menyampaikan sumbangan perbadi syarikatnya iaitu Bintang Channel Sdn Bhd sebanyak RM2,000 kepada Persatuan Seniman bagi membaik pulih kubur P.Ramlee di Jalan Ampang, di sini yang rosak akibat dihempap pokok baru-baru ini.

Turut memberi sumbangan ialah pihak Arkib Negara.

Orang ramai yang ingin menempah tiket konsert Jamal bolehlah melayari www.tiket2u.biz atau hubungi talian 03-41478600.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan