Edry KRU Nafi Suntik Botoks Untuk Kekal Muda | Nak suruh nampak sentiasa muda walaupun usia dah makin tua orang sanggup buat apa sahaja. Kalau cara elok tak apalah, ni sampai suntik-suntik memang bermasalah la. Cerita bab suntik-suntik ni rupanya ia ada kaitan dengan salah seorang anggota kumpulan KRU, iaitu Edry Abdul Halim. Dia dikatakan telah melakukan suntikan botoks pada wajahnya supaya kelihatan lebih muda dan tampan.
Bagaimanapun menerusi laporan mStar Online, Edry, 37, menyangkal desas-desus berkenaan. Jelasnya gosip berkenaan langsung tidak mempunyai asas yang kukuh dan dia enggan melayan cerita tidak benar tentangnya yang hebat diperkatakan di Internet berhubung hal itu.
"Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak. Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu," jelasnya seperti yang dilaporkan mStar online.
Tambah Edry, dia tidak akan berselindung sekiranya benar dia melakukan perubahan pada wajahnya.
Bagaimanapun Edry berkata, perubahan pada wajahnya mungkin disebabkan oleh faktor dia aktif bersenam sebagai rutin harian hingga susuk tubuh dan wajahnya kelihatan berbeza. Kekerapannya mengubah gaya rambut dengan pelbagai fesyen turut membuatkan dia kelihatan lebih muda pada pandangan mata masyarakat.
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Tiada ulasan:
Catat Ulasan