Nuffnang

Rabu, 1 Mei 2013

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


Foto : <b>Memey Suhaiza</b> Belum Bersedia Untuk Bertudung <b>...</b> - OhBulan

Posted: 22 Apr 2013 04:55 PM PDT

Instagram Abby Abadi 2

Baru-baru ini Abby Abadi telah kongsikan beberapa foto dilaman Instagramnya sewaktu menghadiri hari sukan sekolah anak-anaknya, di Sekolah Rendah Taman Melati, Gombak, Kuala Lumpur.

Menerusi foto-foto yang dipaparkan, nampaknya Abby Abadi telah hadir ke acara tersebut bersama bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Wah melalui foto yang dikongsikan, nampak penampilan Memey kelihatan sedikit berbeza serta dengan gaya yang lebih sopan dan ayu bertudung.

Instagram Abby Abadi

Dengan penampilan yang ditonjolkan itu, ramai yang tertanya-tanya benarkan pelakon tersebut sudah bersedia untuk memakai hijab sepenuhnya?

Akhirnya segala persoalan terjawab apabila Memey mengaku masih belum bersedia untuk berhijab dan berharap agar peminat sentiasa doakan yang terbaik untuk dirinya.

Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan.

Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya.

Suami suka namun dia memberi ruang kepada saya untuk buat keputusan sendiri kerana perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa sebaliknya biarlah ia datang daripada kesedaran diri sendiri. – Ujar Memey menerusi laporan mStar Online.

Berikut kami selitkan lagi beberapa foto mesra Abby Abadi dan Memey Suhaiza buat tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Abby Abadi

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan