Nuffnang

Rabu, 1 Mei 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Puteri Sarah Liyana Sedang Bercinta Dengan <b>Syamsul Yusof</b> <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 07:36 PM PDT


Tak tahu sama ada Ammar Alfian sedang kecewa sehingga membuat dakwaan sebegini ataupun memang perkara ini sedang berlaku. Berkata kepada MStar Online, Ammar memberitahu yang bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana sedang bercinta dengan pengarah hebat, Syamsul Yusof.

puteri sarah

Menurut Ammar, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sudah menjalinkan hubungan cinta sejak Oktober tahun lalu sedangkan mereka berdua berpisah pada bulan Disember. Kata Ammar:-

Mereka mula akrab sejak Oktober 2013 dan kami putus pada Disember 2013. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak. Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya. Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila dia (Puteri Sarah) sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?

puteri sarah
Puteri Sarah Liyana di dalam sebuah suratkhabar semalam memberitahu yang hubungannya dengan Ammar Alfian selama 5 tahun adalah satu pembaziran masa. Mungkin kerana kecewa dengan kenyataan bekas kekasihnya itu, Ammar tampil mendedahkan perkara ini. Kata Ammar lagi:-

Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya. Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini saya sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya. Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya

Setahu Abang Nara, Syamsul Yusof sekarang ini sedang sibuk dengan kerja menyunting filem KL Gangster 2 di Bangkok. Rasanya macam tak ada masa je buat Syamsul untuk bercinta. Lagipun Syamsul sebelum ini sudah pun mengaku yang dirinya mempunyai seorang kekasih bukan daripada kalangan artis. Jadi adakah ini propa daripada Ammar Alfian semata-mata?

P.S: Ada Cara Berhenti Merokok Paling Mudah?? KLIK GAMBAR INI

Baca Yang Ini Pulak:-


Ammar Alfian Ugut <b>Syamsul Yusof</b> Di Twitter Kerana Timbul Sifat <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2013 11:15 AM PDT

Pasti ramai peminat dunia hiburan yang telah membaca kisah pendedahan Ammar Alfian terhadap bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana yang kini khabarnya bercinta dengan Syamsul Yusof.

Kalau di'teliti kata kata Ammar Alfian menerusi media & juga akaun Twitter milik beliau, pendedahan yang di'lakukan beliau semalam lebih bermotifkan membalas dendam daripada perkara lain.

Petang semalam, Ammar Alfian Aziz telah menulis sebaris ayat yang tidak secara langsung menyebut nama Syamsul Yusof tetapi sekali membaca pasti ramai boleh menjangka kepada siapa ianya di'tujukan.

"Sul sul sul muke kemek lu memang mintak kena pukul, walawei wa leh jadik rapper cam lu puuuiiihhh," maafkan bahasa rempit Ammar Alfian ini tetapi harap anda faham apa yang cuba di'sampaikan.

Tulisan itu bagaimana pun telah di'padam daripada akaun Twitter beliau tidak lama selepas itu. Anda boleh baca melalui screenshot yang sempat kami ambil di'bawah — dan beberapa tulisan lain.

Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan baik kepada Ammar Alfian & Puteri Sarah Liyana sebelum ini, punca sebenar pendedahan yang di'lakukan tidak lain kerana bermotifkan sifat cemburu terhadap apa yang di'miliki bekas kekasihnya itu kini.

Rakan mereka berdua itu turut memaklumkan yang kehidupan Ammar Alfian sebelum ini banyak di'tanggung oleh Puteri Sarah Liyana memandangkan kerjaya seni aktor & model itu sendiri sebenarnya tidak menentu.

Sumber turut menyatakan yang Ammar Alfian sebenarnya masih memerlukan 'cinta' Puteri Sarah Liyana dalam hidupnya walaupun kini sudah mempunyai teman wanita baru bergelar model, Shella. Hmm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan