Nuffnang

Selasa, 7 Mei 2013

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


<b>Ning Baizura</b> Pilih 9 Mei Kenalkan Anak - Gua.com.my

Posted: 24 Apr 2013 04:46 PM PDT

Selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 31 Januari lalu, penyanyi  dan pelakon, Ning Baizura tidak pernah berkongsi foto-foto anaknya  dengan peminat. Tidak seperti selebriti-selebriti lain yang begitu teruja  memuat naik foto-foto bayi mereka di akaun Instagram.

Kini setelah tamat berpantang, Ning nampaknya sudah bersedia untuk memperkenalkan Ryan Sky Dalton kepada peminat-peminat dan pihak media. Namun, bukan dengan cara menghantar kenyataan media seperti yang dirancangnya sebelum ini, tetapi ingin mengadakan satu sidang media khas pada 9 Mei hadapan.

 Bercakap kepada portal Murai pada Rabu, Ning memberitahu sudah sampai masanya untuk memperkenalkan bayi sulungnya itu. Jelas Ning, sebelum ini dia memilih untuk tidak menunjukkan foto-foto anaknya kerana mengikut nasihat orang-orang tua dahulu.

<b>Ning Baizura</b> Buat Sidang Media Kenalkan Anak - MyNewsHub

Posted: 24 Apr 2013 09:34 PM PDT


KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2013 – Saat yang dinanti-nantikan bakal tiba. Penyanyi terkenal Ning Baizura bakal memperkenalkan putera sulungnya Ryan Sky Dalton kepada umum dalam sebuah majlis sidang media pada 9 Mei ini.

Masih lagi mencari lokasi yang sesuai untuk acara istimewa itu, Ning Baizura berkata dia dan suami sudah bersedia untuk memperkenalkan bayinya kepada pihak media untuk tatapan peminatnya di luar sana.

"Asalkan pihak media tidak cubit pipi anak saya sudahlah," katanya dalam nada jenaka yang ternyata sudah cukup bersedia untuk majlis berkenaan.

Sebelum ini Ning Baizura pernah memberi tahu portal murai.com.my bahawa dia merancang untuk menghantar gambar Ryan Sky kepada pihak media dalam bentuk kenyataan media, tetapi berubah fikiran untuk melaksanakan dalam sebuah majlis sidang media yang lebih terancang dan sempurna.

Ning Baizura yang ditemui berkata, sudah tiba masanya dia memperkenalkan bayi sulungnya itu dengan keadaan fizikalnya yang kembali cergas dan terutama bayinya yang sihat serta genap 100 hari selepas tarikh kelahiran.

"Saya bukannya tak mahu tunjukan wajah anak kepada orang ramai, tapi hanya mengikut pesan orang-orang tua.

"Biarkan dulu bayi saya berada dalam keadaan sihat dan sempurna keadaannya, barulah boleh berkongsi dengan orang luar. Maklum sajalah bayi, dia masih kecil. Banyak perubahan akan berlaku dari proses kelahiran hingga sekarang," katanya.

Penyanyi Curiga itu juga telah berkongsi foto dan video Ryan Sky kepada portal murai.com.my sebagai tatapan peribadi sebelum majlis itu nanti.

Ternyata Ryan Sky memiliki wajah yang manis seperti Ning Baizura dan ketampanan seperti suaminya, Omar Sharif serta tidak ketinggalan lesung pipit di pipi. So adorable.

Kata Ning Baizura, dia kerap merakamkan video gelagat Ryan Sky di telefon bimbitnya untuk dikongsikan bersama suaminya yang kerap berada di luar negara atas urusan kerja.

Ning Baizura telah selamat melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari lalu iaitu tarikh ulang tahun kelima perkahwinannya bersama suami tercinta, Omar Sharif Christopher Layton Dalton.

Sumber: Murai

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>ning baizura</b> buat sidang media kenalkan ryan sky dalton - My Sumber

Posted: 24 Apr 2013 06:19 PM PDT

Ning Baizura buat sidang media kenalkan Ryan Sky Dalton

Tidak seperti selebriti Malaysia lain yang segera berkongsi foto bayi mereka setelah selamat dilahirkan untuk tatapan peminat khasnya

Difahamkan Ning Baizura bakal memperkenalkan putera sulungnya Ryan Sky Dalton kepada umum dalam sebuah majlis sidang media pada 9 Mei ini menurut laporan portal hiburan murai

gambar terkini anak ning baizura ning baizura buat sidang media kenalkan ryan sky dalton

Menurut laporan itu lagi,Ning masih lagi mencari lokasi yang sesuai untuk acara istimewa itu,menurutnya dan suami sudah bersedia untuk memperkenalkan bayinya kepada pihak media untuk tatapan peminatnya di luar sana

Ning mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak memperkenalkan anaknya sebaik sahaja selamat dilahirkan

Saya bukannya tak mahu tunjukan wajah anak kepada orang ramai, tapi hanya mengikut pesan orang-orang tua

Biarkan dulu bayi saya berada dalam keadaan sihat dan sempurna keadaannya, barulah boleh berkongsi dengan orang luar. Maklum sajalah bayi, dia masih kecil. Banyak perubahan akan berlaku dari proses kelahiran hingga sekarang,-sumber dipetik sebagai berkata

Terdahulu,Ning Baizura telah selamat melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari lalu iaitu tarikh ulang tahun kelima perkahwinannya bersama suami tercinta, Omar Sharif Christopher Layton Dalton

Tiada ulasan:

Catat Ulasan