Nuffnang

Selasa, 7 Mei 2013

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Bakal Buat Laporan Polis? | buahmulut.com

Posted: 30 Mar 2013 01:59 PM PDT

Sepatutnya dari apa yang dijadualkan, penyanyi berketurunan Sunda dan Minang ini iaitu, Hetty Koes Endang di canangkan bakal mengadakan persembahan di Dewan Merdeka, PWTC pada 25 April ini. Maklumat yang kami terima juga mengatakan yang persembahan ini kini sudahpun dibatalkan.


hetty koes endang

Pembatalan ini menurut sumber kami lagi dipercayai akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak penganjur. Untuk makluman, Niqas Resources dan juga Gitu-Gitu Production Sdn. Bhd milik pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek dikatakan syarikat yang bertanggunjawab mengadakan persembahan itu nanti.

Jelas pemberi maklumat kami "Kalau kau nak tahu konsert Hetty Koes Endang yang kata nak buat tu dah batal pun. Katanya sebab utama konsert ni 'cancel' pasal pihak 'Funder' ada masalah kewangan. Disebabkan itu Saiful Apek melalui Gitu Gitu Production nak buat laporan polis kata konsert ni batal sebab hal 'Funder' tu. Bila Saiful Apek nak buat laporan polis tu tak tahu la pula. Tapi yang pasti Saiful Apek dah memang tak nak terlibat lagi & tarik diri dengan hal berkaitan dengan konsert Hetty Koes Endang ini. "


hetty koes endang

"Pihak Niqas Resources juga khabarnya dah buat report polis pasal pembatalan ni. Tak pasti pula atas dasar apa Niqas pun turut sama buat report polis. Tapi diorang nak minta maaf dekat semua pihak terutamanya Hetty Koes Endang atas permasalahan ini sampai konsert yang jadualkan berlangsung terus dibatalkan."

Menurut individu itu juga, pihak penganjur asal ada memberi tahu jika ada mana-mana pihak yang ingin mengambil alih dan meneruskan konsert ini dialu alukan tapi kenalah bermula dari '0′ persiapanya.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

PENJENAYAH SERAH DIRI KEPADA <b>SAIFUL APEK</b> - My Sumber

Posted: 25 Nov 2012 04:45 PM PST

Penjenayah serah diri kepada pelawak Saiful Apek – gambar

Seorang penjenayah sanggup menyerah diri kepada polis selepas teruja ditahan pelawak dan pelakon, Saiful Apek, yang mengedarkan risalah cegah jenayah dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam

penjenayah serah diri saiful apek penjenayah serah diri kepada pelawak saiful apek

Apek mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada pengguna jalan raya ketika Ops Bayan (Pulau Pinang)

Lelaki berusia berusia dalam lingkungan 20-an yang menunggang motosikal itu mengakui dia dikehendaki polis selepas ditahan Saiful Apek atau nama penuhnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu

Minta Izin

Sejurus membuat pengakuan itu, suspek turun daripada kenderaannya sebelum meminta izin bergambar bersama Saiful Apek

Pemeriksaan polis kemudian mengesahkan suspek dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam kes samun

Saiful Apek berkata, dia pada mulanya hanya memberikan risalah kepada lelaki terbabit dan terkejut apabila lelaki itu memberitahu mempunyai rekod dikehendaki pihak polis dan rela ditahan asalkan dapat bergambar

Dia segera memberhentikan motosikalnya di bahu jalan sebelum menyerahkan kad pengenalan kepada polis dan meminta izin bergambar dengan saya sebelum ditahan

Saya terkejut dengan kejujuran lelaki itu dan tidak mampu berkata apa-apa melainkan menuruti hasratnya untuk bergambar sementara polis membuat pemeriksaan lanjut, katanya ketika menyertai Ops Bayan Pasukan Gerakan Am (PGA) Pulau Pinang di Jalan Permatang Tinggi

Saiful Apek berkata, pembabitan artis dalam aktiviti sebegini satu langkah bijak kerana mereka mempunyai peminat pelbagai lapisan masyarakat, selain dapat memberikan pendedahan sebenar mengenai tugas polis kepada artis

Saya yakin apabila kami mengedarkan risalah yang bertanda tangan, orang ramai tidak sekadar membaca risalah itu malah menyimpan sebagai kenangan, katanya – BH Online

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca

ANGIN PERUBAHAN: <b>Saiful Apek</b> Ajak Rakyat Malaysia Undi BN <b>...</b>

Posted: 03 May 2013 10:00 PM PDT

Penulis terlibat dalam gerakan pelajar pada awal 1996. Ketika zaman "taliban" menguasai kampus di utara, penulis bersama aktivis mahasiswa yang lain telah menggelarkan gerakan itu sebagai gerakan "Perubahan" atau Islah, yang telah dijadikan agenda utama perjuangan pelajar.

1999, ketika kampus bergegar dengan reformasi pelajar, Perubahan telah berjaya menakluk kampus di utara tersebut. Aspirasi orang muda kepada Tun Mahathir selaku PM pada waktu itu. Satu persatu IPT berjaya ditransformasi hinggalah gerakan nasional itu kemudiannya digelar sebagai "Aspirasi".

2007, berblog di alam siber sebagai galang ganti platform baru setelah sebuah laman 1.0 yang aktif sejak 2001, dikuburkan. Selepas 2008, aura perjuangan membela agama, bangsa dan negara semakin mencabar. Inilah medannya, ruang seorang aktivis menyumbang sesuatu pada alif, ba ta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan