siti nordiana - Google Blog Search |
<b>Siti Nordiana</b> (Nana) Rindu Kembali Dalam Bidang Nyanyian <b>...</b> Posted: 01 May 2013 10:29 AM PDT Hiburan
Berazam muncul dengan single kerohanian pada tahun ini juga Tiga tahun tanpa buah tangan terkini, penyanyi yang satu ketika dulu cukup dikenali sebagai rakan duet Allahyarham Achik Spin, Siti Nordiana Alias, mengaku semakin rindu untuk mendengar lagu barunya diputarkan di radio. Masih bergelar artis Fantasia Music City (FMC), dia yang selesa membahasakan dirinya Nana berkata, syarikat rakaman yang dinaungi sudah memberikan lampu hijau, malah menyerahkan sepenuh kebebasan kepadanya mencari lagu sesuai. Mahu mengekalkan genre pop rock, Nana kini dalam misi mencari komposer yang diharap mampu menyerlahkan kembali namanya. Dia turut berharap akan dipertemukan dengan pencipta yang mampu menghasilkan lagu berkonsep kerohanian, namun tegar dengan konsep muzik kegemarannya. "Saya selesa dengan konsep pop rock dan kalau boleh, saya mahu kekal dengan konsep sama untuk single terbaru. "Saya juga berhasrat menyelitkan unsur kerohanian dalam lagu, kerana di samping menyanyi, saya mahu pendengar mendapat manfaat daripada lagu yang saya nyanyikan. "Saya sukakan lagu dendangan Opick, yang tidak terlalu bercirikan kerohanian. Pendengar bukan saja boleh mengaitkan lagu itu dengan diri mereka, pada waktu sama, mengingatkan mereka kepada Tuhan. "Setakat ini saya belum mempunyai material kerana masih mencari komposer sesuai. Bagaimanapun, saya akan pastikan, tahun ini saya akan keluar juga dengan single," katanya yang ditemui pada majlis minum petang anjuran Aman Palestin di Shah Alam, baru-baru ini. Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Hanya Sandaran ini berkata, sudah kerap benar dia membawakan lagu zaman remajanya setiap kali persembahan. Justeru, dia tidak sabar untuk mendendangkan lagu baru buat peminat. " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();Berniaga tudung secara online Biarpun kerjaya nyanyian tidak begitu digembar-gemburkan, Nana nyata bersyukur kerana setiap minggu pasti ada saja undangan menyanyi yang diterima. Hampir setiap hujung minggu juga anaknya, Mohamd Rayyan Nakhaie, 5, akan dihantar ke rumah ibu bapanya di Sendayan, Negeri Sembilan, lantaran perlu memenuhi undangan nyanyian. "Dari sudut publisiti, memang saya akui semakin kurang muncul di akhbar mahupun majalah. Alhamdulillah, kerjaya nyanyian masih lagi lancar. Boleh dikatakan setiap hujung minggu, dari Jumaat hingga Ahad, pasti ada saja undangan. Pada hari biasa, saya sibuk uruskan anak dan merangka perniagaan tudung secara online, yang akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya. Jelas Nana, minat berniaga di atas talian timbul apabila peminat sering bertanya mengenai tudung yang dipakainya. "Sejak itu saya mula merancang perniagaan secara online. Saya sendiri yang menghasilkan lakaran, mencari material dan tukang jahit untuk menyiapkannya. Perniagaan ini saya kongsi bersama teman serumah dan insya-Allah ia akan dilancarkan dalam masa terdekat," katanya yang mengakui masih solo. Bukan mudah cari pengganti Empat tahun bergelar ibu tunggal, Nana tidak menolak ada kala timbul juga rasa sunyi. Lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa berseorangan menyertai aktiviti anjuran sekolah anaknya, menyebabkan perasaan itu semakin terasa. Bagaimanapun, Nana yang pernah berkahwin dengan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Yusup, pada 2006, enggan terburu-buru mencari pengganti kerana bukan mudah untuk menemui lelaki memahami. "Paling penting, lelaki itu harus menerima Nana dan Rayyan seadanya. "Selepas episod kegagalan rumah tangga lalu, sedikit sebanyak perasaan trauma masih ada. Saya juga tidak memilih siapa jodoh saya, tetapi kalau boleh biarlah lelaki itu mempunyai arah yang sama dengan saya. Kalau boleh juga, saya mahu mengelak daripada berkahwin dengan insan seni kerana saya tahu, masa untuk bersama agak terhad," katanya. |
You are subscribed to email updates from siti nordiana - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan