Nuffnang

Rabu, 24 Julai 2013

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


Pusat Rawatan Islam <b>Adam AF</b> kini dibuka | The most beautiful light

Posted: 20 Jul 2013 05:12 PM PDT

Assalamualaikum..
Macam mana puasa hari ni?
Harap kita dapat menjalaninya dengan sebaiknya, In sha Allah..

Semalam Fatin berkesempatan untuk berbuka puasa bersama Adam AF dan peminat di Restoran Intai-intai di Jalan Ampang Hulu Kelang (MRR2 Highway).

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam bin Matsaman beritahu kepada kami semua yang Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al Hasani kini sudah mula beroperasi pada julai ini. Kitorang gembira mendengarnya. Akhirnya impian beliau untuk membuka pusat rawatan sendiri tercapai! Alhamdulillah.. :)

Semasa majlis berbuka semalam, beliau turut berkongsi pengalaman mengenai rawatan islam dan juga menyampaikan tazkirah kepada kami. :)


Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al Hasani terletak di

NW-3A-20, Cova Square, Jalan Teknologi, Kota Damansara.

Rawatan yang diberikan adalah berteraskan penghayatan tauhid, al-quran & doa yang menjadi penyembuh paling ampuh bersanad terus daripada Rasulullah S.A.W melalui keturunannya di Makkah Al-Mukarramah.

Selain Adam, terdapat dua orang lagi perawat iaitu Habib Firdaus At-Taibun Al-Makki dan Mohd Fathil At-Taibun.

Dengan izin Allah S.W.T, mereka dapat memberikan rawatan bagi masalah gangguan jin, masalah zahir dan masalah keluarga.

Pusat rawatan ini beroperasi dari 9 pagi hingga 10 malam dan TIDAK perlu temujanji.

Pusat rawatan ini juga mempunyai cawangan di Sungai Petani, Kedah iaitu Pusat Rawatan Alternatif Islam Nursalam Al Maliki.

Korang boleh LIKE page Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al Hasani di facebook untuk update terkini.

Untuk pengetahuan lanjut, boleh rujuk brochure di bawah :)




Fatin pun belum berkesempatan ke sana, 
In sha Allah kalau dah sampai, update lain ok :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan