Nuffnang

Rabu, 24 Julai 2013

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b>: Tanpa Notis, Tahu Tahu Saya Sudah Kena Gam <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2013 06:26 AM PDT

Peluang bersua muka dengan penyanyi yang eksklusif di mata peminatnya, Faizal Tahir dapat juga bertanyakan sendiri tentang kes terbaru yang mengaitkan dirinya yang dikatakan telah digam oleh sebuah stesen TV dan apa yang menguatkan lagi kenyataan tersebut adalah apabila satu-satunya program raya yang melibatkan dirinya telah dibatalkan secara tiba-tiba.

Menurut Faizal Tahir lagi bagi pihak dirinya tiada apa yang perlu diterangkan kerana padanya dia tahu apa yang berlaku dan pihak sana tidak berbincang untuk menyelesaikan kemelut ini.

"Bukan mudah menjadi public figure sebenarnya, setiap apa yang dilakukan menjadi perhatian ramai pihak namun saya bersikap profesional. Untuk bercerita lebih lanjut mengenai kisah saya digam ini sebenarnya tiada apa nak komen namun apa yang boleh saya jawab ada satu program raya tapi tak jadi."

"Bagi saya, jawapan yang saya beri, saya mahu pembaca dan pihak media sendiri membuat konklusi, it's up to the people to judge. Jika ada yang mengatakan saya lantang mereka salah. Saya tidak mahu menjadi lalang, saya hanya bersikap jujur," ujarnya yang ditemui semalam.

Punyai perancangan untuk mengadakan konsert selepas album ketiganya sudah empat bulan berada di pasaran Faizal Tahir menambah dia memilih untuk tidak memanjangkan cerita kerana tidak mahu mengaibkan pihak mereka.

"Saya tidak diberikan apa-apa notis, perbincangan mahupun melalui telefon yang mngatakan saya telah digam, tahu-tahu saja dah kena gam. Saya percaya dengan rezeki," ujarnya lagi.

Mungkin soalan agak cliché, walaupun pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini Faizal Tahir akan kekal lantang di laman sosial jika dia merasakan sesuatu perkara tidak kena.

"Saya terus terang cakap jika ada orang yang mempertikaikan kelantangan suara saya di laman sosial saya tidak akan berubah. Buat apa ikut orang 'kan? Saya tidak mahu menjaga hati orang kerana tidak memberikan kesan pun kepada perjalanan karier saya."

Dalam pada itu, Faizal Tahir turut berkongsi berita gembira apabila anak ke-5, Siti Nawar Malaeka selamat dilahirkan dan kini berusia sebulan lebih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan