Ezany Nizariff - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Ezany Nizariff</b> Sudah Dapat Bayaran - Gua.com.my Posted: 15 Jul 2013 03:39 PM PDT Pelakon Ezany Nizariff akhirnya sudah boleh menarik nafas lega apabila sebuah syarikat produksi telah menyelesaikan hutang pembayaran mereka terhadap Ezany selepas Ezany melaporkan hal tersebut kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan). Menemui Ezany dalam satu sidang media khas anjuran Karyawan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, dia menjelaskan bahawa dia bersyukur kerana masalah ini selesai. Namun, dia agak kecewa dengan Persatuan Seniman (Seniman) kerana mereka 'terlepas pandang' mengenai hal yang berlaku ke atas dirinya. "Syukur, masalah yang saya hadapi telah pun selesai. Tapi saya sedikit kecewa dengan Seniman. Sebagai seorang ahli, masalah yang saya bangkitkan adalah masalah yang seringkali terjadi kepada golongan artis iaitu masalah mengenai pembayaran. Saya sudah membuat aduan kepada mereka semenjak April lagi untuk menyelesaikan permasalahan ini," luah Ezany yang pernah popular dengan drama bersiri 'Natasha'. "Saya membuat laporan bertulis kepada Seniman pada 25 April yang lalu. Selepas itu, respon mereka kepada saya adalah mereka berkata mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya tunggu hari demi hari, namun masalah masih belum selesai. Saya ada menghubungi mereka semula, namun mereka katakan terdapat permasalahan dari pihak syarikat produksi yang menyukarkan mereka untuk menyelesaikan masalah ini. Namun selepas saya menunggu dan menunggu tetapi masih belum mendapat maklum balas yang konkrit dari Seniman, saya nekad untuk membuat laporan polis kerana saya rasakan saya sudah habis ikhtiar," jelas Ezany pada sidang media yang turut dihadiri oleh Presiden Karyawan, Dato' Freddie Fernandez. Ezany telah membuat laporan polis di Serdang bersama-sama dengan enam orang krew produksi mengenai ketiadaan pembayaran daripada syarikat produksi NR Network untuk drama 'Titisan' yang bakal disiarkan di stesen RTM. Selepas laporan tersebut, Ezany mengambil inisiatif untuk melaporkan secara rasmi kepada pihak Karyawan pula mengenai permasalahan yang dihadapi olehnya. Karyawan terus bertindak dan membuat temujanji bersama dengan dengan wakil pihak produksi drama tersebut. Satu perjumpaan telah dilakukan untuk membincangkan mengenai permasalahan ini dan akhirnya bayaran yang tertunggak itu telah pun diselesaikan oleh pihak produksi terbabit. Ezany menerima pembayaran menerusi cek daripada wakil produksi tersebut pada 29 Jun 2013 yang lalu dan Ezany sudah pun menunaikan cek berkenaan pada 7 Julai 2013. Masalah enam orang krew yang belum mendapat bayaran juga telah dilangsaikan oleh pihak produksi beberapa hari selepas laporan polis itu dibuat. Sementara itu, Freddie mendedahkan mengenai usaha yang dilakukan oleh Karyawan bagi menyelesaikan masalah ini. Jelas Freddie, cara pengendalian pihak Karyawan adalah kunci utama penyelesaian permasalahan ini. "Cara pengendalian adalah perkara yang paling penting. Karyawan harus meyakinkan kedua-dua belah pihak untuk duduk semeja dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Sesebuah persatuan itu harus ada mekanisma dan kemahiran tersendiri untuk mengendalikan kes seperti ini bagi membela nasib anak seni," ulas Freddie dalam sidang yang diadakan pada Selasa. |
You are subscribed to email updates from Ezany Nizariff - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan