Nuffnang

Rabu, 24 Julai 2013

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


<b>Memey Suhaiza</b>, Norman Hakim dan Zul Ariffin Doakan <b>...</b> - Oh! Artis

Posted: 19 Jul 2013 08:51 PM PDT

ohartis-abby-abadi-suami-baru-farhan

Umum sedia maklum, Memey Suhaiza adalah individu yang bernikah dengan bekas suami Abby Abadi iaitu Norman Hakim. Walaupun pernah sengketa suatu ketika dulu, kini hubungan mereka cukup akrab dan hidup dalam sebuah keluarga besar yang bahagia.

Memey Suhaiza dan Norman Hakim gembira bila Abby Abadi bertemu jodoh lagi dan mendoakan kebahagiaan bersama suami barunya itu walaupun pekenalan mereka cukup singkat.

"Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya," ujar Memey.

"Dia hanya beritahu 'hint' dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini." apabila tanya adakah mereka berdua dimaklumkan akan perkahwinan Abby tersebut.

Sementara itu bekas kekasih Abby, Zul Ariffin terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai penikahan wanita itu.

"Alhamdulillah dan tahniah buatnya. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira dengan berita tersebut. Bagus sudah berumah tangga," ujar Zul ringkas.

Sebelum ini, Zul dan Abby pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum mereka putus pada 2011.

OHARTIS: HAPPY ENDING FOR ALL. KAMI TUMPANG GEMBIRA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan