Nuffnang

Isnin, 1 Julai 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Zalif Sidek Akui Cinta Kembali Bertaut Bersama <b>Fida Ibrahim</b> | Oh <b>...</b>

Posted: 21 May 2013 06:13 PM PDT

zalif-+-fida

Kisah cinta antara Zalif dan Fida pernah menjadi kontroversi suatu ketika dulu kerana kewujudan seorang gadis misteri yang menyerang Fida melalui pelbagai tohmahan di SMS hingga menyebabkan pasangan ini berjauh hati antara satu sama lain. Namun, minggu lalu hubungan Zalif dan Fida dikatakan kembali berbaik semula.

"Ya, saya akui saya berkawan baik dengan dia dan sebelum ini pun kami berenggang seketika kerana sibuk dengan kerja. Selain itu, kisah hubungan kononnya ada orang ketiga dalam hubungan kami menyebabkan kami mengambil masa sekejap untuk berjauhan. Sampai sekarang saya tidak tahu siapakah individu itu," ujar Zalif.

fida-zalif

Zalif mengakui ada berjumpa Fida di sebuah acara anjuran Finas yang diadakan di Kelantan dan berbincang tentang masalah hubungan mereka. Selepas pertemuan itu, mereka bertemu sekali lagi ketika menghadiri sebuah majlis doa selamat malah dia dan Fida kebetulannya mengenakan pakaian yang berwarna sedondon. Semenjak itulah hubungan mereka kembali bertaut.

"Saya diundang untuk menghadiri majlis doa selamat kawan saya dan tidak merancang untuk memakai baju Melayu berwarna hijau yang secara tidak langsung sama dengan Fida ketika itu. Ia hanya kebetulan," tambah Zalif yang kini sibuk dengan pembikinan filem Jangan Pandang Belakang Boleh arahan Ismail Bob Has him.

"Kami bersemuka dan berbincang masalah sebenar yang terjadi antara kami. Selagi perkara boleh diselesaikan saya akan cuba selesaikan dan elak daripada berkongsi dengan orang luar. Saya seorang yang jujur dan kalau saya menyukai seseorang saya akan cakap suka. Memang dari awal lagi saya suka Fida.

"Saya suka akan penampilannya, cara bekerja dan kehidupan peribadinya. Sekarang kalau boleh sekadar mahu berkawan rapat dan kenal satu sama lain," Jelas Zalif lagi

OHARTIS: LEBIH BAIK JANGAN DICANANG DULU HUBUNGAN CINTA NI, KALAU DAH CONFIRM NAK KAWIN BAGI TAHU SATU DUNIA PUN TAK APA. APA-APA PUN SEMOGA HUBUNGAN KALI INI KEKAL KE JINJANG PELAMIN.

<b>Fida Ibrahim</b> & Zalif Sidek Kembali Bercinta? | Kaki Bising Dot Com

Posted: 13 May 2013 03:07 PM PDT

image

Selepas hubungan Fida Ibrahim dan Mamat Sepah terputus di tengah jalan, Fida khabarnya menjalinkan hubungan rapat dengan pelakon, Zalif Sidek.

Namun, hubungan mereka juga tidak berjaya ke peringkat yang seterusnya apabila Fida mengatakan ada seorang wanita menyerangnya dan tidak membenarkan penyanyi dan pelakon itu terus rapat dengan Zalif Sidek.

Gara-gara itu, hubungan mereka renggang sehinggalah baru-baru ini ada laporan media mengatakan Fida telah menjemput Zalif Sidek hadir ke majlis kesyukuran yang diadakan di kediaman Fida.

Malah mereka juga dilihat mengenakan pakaian sedondon dan perkara itu telah menimbulkan syak wasangka serta mendapat usikan di kalangan sahabat yang hadir.

Menurut laporan Metro Ahad, Zalif Sidek mengakui hubungan mereka kembali rapat sejak dia berjumpa Fida di majlis kesyukuran itu.

Mereka juga menggunakan kesempatan yang ada pada masa itu untuk berbicara dari hati ke hati mengenai apa yang terjadi sebelum ini dan menganggap segalanya telah selesai.

Zalif Sidek juga beranggapan kemungkinan ada jodoh di antara mereka namun tidak mahu terlampau yakin. Mereka lebih selesa meyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.

Jika benar Fida jodoh Zalif Sidek, cabaran sebesar alam pun pasti tetap bersama juga akhirnya, kan? Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Koleksi Instagram <b>Fida Ibrahim</b> yang comel (6 Gambar)

Posted: 14 Apr 2013 07:30 PM PDT

Archives

Tiada ulasan:

Catat Ulasan