Nuffnang

Isnin, 1 Julai 2013

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> bersama kekasihnya (7 Gambar) - Media Malaya

Posted: 24 Apr 2013 06:30 PM PDT


Tiz Zaqyah dilihat sangat aktif di Instagramnya. Dia juga kerap memuat naik gambarnya bersama dengan kekasih serta berparti all night long. Kalau sudah suka sama suka, apa ditunggu lagi Tiz. Jalankan tugas anda.

Lagi Gambar Kekasih <b>Tiz Zaqyah</b> - Gossip Artis Malaysia

Posted: 16 May 2013 10:00 PM PDT

Pada: Jumaat, 17 Mei 2013 Pelakon Tiz Zaqyah memang pelakon yang cantik manis, kadang kala menjadi pertanyaan samaada dia masih lagi mempunyai saingan dalam dunia industri lakonan dengan ramai selebriti baru menjadi saingan. Namun itu tidak menjadi persoalan besar, apabila kita diketahui yang dia sudah berpunya kekasih hati baru ketika ini.

Gambar Tiz dengan jejaka itu dimuatnaik oleh Tiz sendiri di dalam laman sosial Instagramnya. Dimana memetik portal Murai, Tiz berasa dirinya selesa setelah memberitahu satu dunia mengenai siapa buahatinya sekarang.

"Apa yang boleh saya katakan di sini, saya lebih tenang bila berterus-terang. Tidak seperti hubungan saya sebelum ini. Asalkan saya tidak campurkan hal kerja dengan peribadi, sudah...

"Saya telah mengenalinya lebih 11 tahun iaitu sejak kami sama-sama bersekolah menengah. Tetapi sejak awal tahun ini hubungan kami mula rapat dan saya sama sekali tidak malu memperkenalkannya baik di Instagram mahupun Twitter milik saya.

"Sebelum ini saya bimbang untuk berterus-terang kerana tidak mahu dihakimi oleh masyarakat. Tapi, sampai bila saya mahu berasa takut? Jadi, sekarang ini saya memilih untuk bersikap jujur. Bagi saya, mereka yang mengikuti saya di laman sosial sudahsaya anggap seperti kawan," -Tiz



Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Drama Jodoh itu Milik Kita - Gandingan <b>Tiz Zaqyah</b> dan Farid Kamil

Posted: 15 May 2013 12:56 AM PDT

Baru-baru ini Tiz telah meletakkan status berbunyi begini dalam fan pagenya:
"Salam pagi ! Im here getting my makeup done untuk drama baru , ada Farid Kamil , Nabila Huda dan Shazwan Zulkifli untuk Astro .-'Jodoh Itu Milik Kita' adaptasi novel ."
Kemudian, Nabila Huda dan Syazwan Zulkifly mula hashtag #jodohitumilikkita di twitter dan IG diorang, berserta gambar montage dll.
Makanya, agak confirmlah, kan? Yang mereka2 ini adalah pelakon utama untuk drama adaptasi novel pertama saya ni.
Jadi, pelakon-pelakonnya adalah:
Farid Kamil sebagai Aariz Danial
Komen saya? Hmm…frankly speaking, saya tak pernah bayangkan FK sebagai Aariz Danial. Terkejut giler kut bila terbaca status Tiz. I was like…OMG!! FK is going to be Aariz? So, it's a mixed feeling yang saya rasa masa tu. Honestly, saya ni bukanlah peminat tegar FK. I'm just…okay with him, sebab bagi saya, dia pandai berlakon. Tapi kalau nak sampai minat sangat seperti mana sy suka Beto Khusyairy itu taklah…hehe… 
Dan lagi satu, setahu sayalah, kan…FK tu pelakon filem. Jarang yang amat dia berlakon drama, so yup….it was really a surprise! Harapan saya, moga2 dia boleh bawakan watak Aariz Danial dengan jayanya. Watak Aariz tu bukan ringan, sangat bermain dengan emosi. Seorang lelaki yang terperangkap antara cinta buat isteri yang dinikahinya dengan kisah silam yang sangat memeritkan. Dan yang paling penting, Aariz itu seorang yang sangat sweet, romantis, nakal dan suka mengusik Dahlia. So FK, make sure u jadi betul2 sweet, tau…haha!! 
Oh, berharap juga yang FK ni rupanya clean cut dalam JIMK. Tak mau serabai, ya? Sebab Aariz tak serabai, dia sangat kemas.
Tiz Zaqyah sebagai Dahlia Darius
Okey, ini lagi satu yang saya tak jangkakan. Sebab Tiz kan jadi Syaf dalam SSID. Tapi, mungkin ini adalah rezeki Tiz untuk jadi watak utama JIMK. Ada pembaca yang komen, takut watak Dahlia dibayangi oleh watak Syaf. Namun saya rasa (dan berharap) takkan jadi macam tu, sebab Syaf dan Dahlia sangat berbeza wataknya. Malah novel JIMK sendiri berbeza dari SSID, in the sense of JIMK ni novel yang agak berat. Boleh dikatakan novel air mata (ramai kut orang menangis baca novel ni). Lagipun Tiz bagi saya, boleh bawa pelbagai watak. Tengok saja dia dalam Nur Kasih, dalam Cinta Jangan Pergi, dalam Dejavu di Kinabalu dan macam-macam lagi.
Mood: Mahu membayangkan Tiz sebagai Dahlia yang comel tapi tegas itu. Yang berani melawan Syafiq dan berani dalam mempertahankan rumah tangganya. 
Syazwan Zulkifly sebagai Syafiq 
Yang ini saya suka. Sebab SZ (dia adalah apek Juvana dan Kenji Karlos kalau korang tak tahu) sangat sesuai bawa watak jahat + psiko. Saya dah boleh bayangkan dia menghantui hidup2 orang di sekeliling dia, macam mana dia menakutkan semua wanita yang ada dalam hidup dia…Alya, Dahlia dan even ibunya. Macam mana dia mencabar abangnya dan jadi ala-ala anak derhaka. Dia adalah seorang lelaki yang menyeramkan di sebalik kata-kata dan sikapnya yang lembut. Pendek kata, psiko! Tapi, pada masa yang sama Syafiq adalah lelaki yang terluka dan kasihan. Think of Ma Jun dalam Baker King. Lebih kurang macam tulah. 
Syazwan Zulkifly = Syafiq = Jahat tapi pada masa yang sama dahagakan kasih sayang = Cik SA approved...haha 
Nabila Huda sebagai Alya 
Yang ini paling saya tak jangka. Sebab watak Alya dalam novel JIMK bukan banyak pun. Tapi watak Alya inilah yang tunjukkan macam mana Syafiq itu. Sebab hanya dia yang tahu betapa gilanya dan psikonya si Syafiq. Rasanya penerbit mengembangkan sedikit watak ini. Dan lagi satu yang unbelievable adalah Nabila Huda yang jadi Alya. Sorry to say, ya…tapi bila saya nampak NH, saya selalu bayangkan dia jadi watak antagonis…hehe.. 
Tapi…dalam JIMK ini, Alya adalah watak seorang wanita yang ketakutan, yang mana dia sangat gentar dan dibayangi oleh sikap obses dan possessive Syafiq. Sehingga ke tahap dia terpaksa lari ke Wellington, semata-mata tak terus dicengkam oleh Syafiq. 

Keith Foo sebagai Joshua Francis
Okey, yang ini memang...OMG!! It's Keith Foo!! Well, basically saya memang setuju dengan pemilihan Keith Foo sebagai Joshua sebab...err...dia hensem? Haha! Sebenarnya pernah juga terdetik dalam hati, 'hensem juga dia ni kalau dapat jadi Aariz Danial.' Oh, well...tak dapat jadi Aariz, jadi BFF Aariz, si Josh yang sangat comel dan kaki penyibuk tu pun okey, kan? Fuh, Josh ni pun ramai peminat, tau.

Lepas ni, nak kena bayangkan muka Keith Foo yang selalu gelakkan BFF dia, dan tak habis-habis dengan perangai suka ambil tahu hal Aariz. Mesti cute aje muka dia...

So, pendek kata inilah dia pelakon2 yang bakal membawa novel Jodoh itu Milik Kita jadi LIVE. Mungkin ada pembaca yang rasa tak puas hati dengan mana-mana pilihan produser ni, tapi kita cuba percaya pada mereka, ya. Pelakon-pelakon kat atas ni memang pun mantap dalam lakonan masing-masing, kan? So, please support them...=)
Drama JIMK ini bakal bersiaran di ASTRO, saluran Mustika HD. Bila start tayangannya, saya belum pasti. Apa-apa pun, kita nantikan kemunculannya, ya. Jangan lupa untuk sokong drama ini.

Dan buat siapa-siapa yang belum dapatkan novel JIMK, boleh dapatkan di kedai2 buku berhampiran. Atau nak lebih senang, boleh beli secara online dengan KaryaSeni. Kalau nak dapatkan novel kedua saya Chan Rak Ter..Aku Cinta Kamu, pun boleh juga. Wah! Sempat juga nak promote novel sendiri, haha!

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…" - Jodoh itu Milik Kita, Sara Aisha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan