Nuffnang

Rabu, 14 Ogos 2013

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jul 2013 01:26 AM PDT


#Hiburan: <b>Azhan Rani</b> Puas, Selesa Jadi Pelakon `Underdog <b>...</b> - 1

Posted: 17 Jul 2013 09:47 AM PDT

Iklankan Perniagaan anda disini. Klik >> LINK INI

Iklankan Perniagaan anda disini. Klik >> LINK INI

'); (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) {return;} js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); } }); $.post('http://malaysialeaks.com/wp-admin/admin-ajax.php', { action: 'fbc_ping', post_id: '32966', nonce: '4ac1276eeb' }); })(jQuery); Apa komen anda?

<b>Azhan Rani</b> Puas, Selesa Jadi Pelakon `Underdog` | debotnogori

Posted: 16 Jul 2013 10:09 PM PDT

Azhan Rani Puas, Selesa Jadi Pelakon `Underdog`KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2013: Di kala ramai aktor-aktor baru berlumba-lumba untuk menjadi hero serta mengejar populariti dalam dunia hiburan, Azhan Rani pula lebih memandang dunia lakonan sebagai kerjaya serius di mana dia harus memberi kepuasan kepada penonton yang menonton lakonannya. Tidak hairanlah selepas 6 tahun terlibat secara serius dalam dunia lakonan, Azhan Rani memberitahu Murai bahawa dia lebih dikenali oleh peminat dengan nama yang digunakannya ketika berlakon. Dek kerana itu, dia mempunyai banyak nama-nama panggilan kerana setiap peminat yang menyapa Azhan akan memanggilnya dengan nama yang berbeza mengikut karektor yang pernah dilakonkan pelakon berusia 37 tahun ini. Namun bagi Azhan sendiri, perkara ini secara tidak langsung memberikan kepuasan buat dirinya kerana watak lakonannya telah meninggalkan kesan kepada penonton hingga mengingati nama watak dan bukan namanya sendiri. "Kalau cakap pasal populariti, saya tahu saya bukan di kalangan aktor yang mempunyai ramai peminat. Mereka diluar sana tidak mengenali siapa Azhan Rani. Ini kerana mereka lebih mengenali saya melalui watak yang saya lakonkan. "Ada yang pernah menegur saya dan mengatakan bahawa mereka mengenali saya kerana melihat lakonan saya, cuma mereka terlupa apa nama saya. Saya tahu mereka bukan lupa tetapi mereka memang tidak tahu nama saya yang sebenarnya. "Menjadi seorang pelakon ini, saya anggap ianya sebagai satu amanah. Setiap watak yang dilakonkan harus sampai penghayatannya kepada penonton, barulah amanah yang diberikan pengarah kepada saya itu dijaga dan sampaikan dengan baik,"ucap Azhan Rani yang ditemui di set penggambaran telemovie khas Aidilfitri, Tiba Masanya. Mengkelaskan dirinya sebagai pelakon underdog, Azhan yang merupakan lulusan dalam seni lakon daripada Akademi Seni Melaka serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Lakon daripada Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) ini juga mempunyai pengalaman selama 12 tahun terlibat alam dunia teater. Bakatnya yang dikesan oleh Along Kamaluddin itu telah membuka peluang kepadanya mencuba nasib untuk berlakon dengan syarikat produksi, Suhan Movies. "Sebelum ini, sudah lebih 12 tahun saya bekerja dan bergelumang dengan dunia teater sehinggalah Along Kamaluddin mengajak saya mencuba nasib dalam drama. Kalau menjadi dia suruh saya kekal tetapi kalau sebaliknya dia tahu saya punya pekerjaan yang saya minat dalam dunia teater. Alhamdulillah percubaan saya berjaya tetapi saya lebih selesa begini sahaja, sederhana. "Bila dah enam tahun berlakon untuk drama dan telefilem saya akui ada juga memilih tawaran-tawaran berlakon untuk menjamin mutu lakonan. Ini kerana aspek seperti keselesaan sepanjang sesi penggambaran serta kemampuan memenuhi komitmen yang dijanjikan penting supaya saya dapat menjalani penggambaran dengan hasil yang memberi kepuasan. "Bukan kerana saya pelakon yang mempunyai ilmu dalam seni lakon, saya mahu demand atau memilih watak. Cuma apabila lakonan kita berkesan, ia akan sampai kepada penonton dan ia menjanjikan kepuasan pada diri saya,"tambahnya lagi. Walaupun telah memasuki Ramadan, Azhan Rani tetap terus bekerja dan memenuhi jadual kerjanya kerana selesa bekerja di bulan puasa. Saban tahun dia memilih untuk merehatkan dirinya selepas hari raya pertama disambut di Kuala Kubu Baru, Selangor dengan bercuti ke lokasi-lokasi menarik di dalam mahupun diluar negara. Disoal mengenai peribadi, Azhan Rani tidak berganjak dari pendiriannya

<b>Azhan</b> masuk layar perak - Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2013 04:36 PM PDT



KELIBAT Azhan Rani tidak pernah kelihatan dalam mana-mana majlis hiburan sepanjang Ramadan lalu. Bukan sengaja menyepikan diri atau bercuti panjang, si bujang dari Tanjung Karang, Selangor itu sebenarnya terpaku di lokasi penggambaran sampai tidak mampu hendak ke mana-mana.
"Pada tahun lepas, saya juga terlibat dengan penggambaran pada bulan puasa, tetapi jadualnya tidak seperti tahun ini. Untuk drama yang saya lakonkan sekarang, kami memulakan penggambaran tiga hari sebelum puasa. Ia dijangka selesai hujung September nanti. Tiap-tiap hari saya kena berada di lokasi sehingga terlepas beberapa jemputan," katanya yang beraya di Kuala Kubu Bharu, Selangor sehingga hari raya keenam sebelum menyambung semula penggambaran.
Azhan kini terlibat dengan penggambaran drama bersiri untuk slot Azalea di TV3 berjudul Derhaka Seorang Madu. Dalam drama tersebut, dia melakonkan watak seorang suami yang berdepan masalah besar dalam perkahwinan kerana mempunyai dua orang isteri.
"Saya ada banyak babak yang marah-marah dan terjerit-jerit. Boleh hilang suara jadinya. Satu hal lagi, banyak pula dugaan lain seperti bau makanan dan minuman yang sentiasa ada depan mata. Kalau bukan bulan puasa tak mengapa, penggambaran banyak dilakukan di restoran dan saya pula tauke restoran berkenaan," kata Azhan yang semakin menjadi rebutan penerbit dan pengarah.
Mengaku jarang berpeluang menonton televisyen apatah lagi drama sendiri atau drama-drama yang diingatkan oleh kawan-kawan, Azhan sebenarnya seorang 'kaki rakam' program televisyen. Sepanjang Aidilfitri, Azhan mempunyai tiga buah drama istimewa termasuklah Rahsia Tok Pian, Tiba Masanya dan Abah Tak Balik Raya.
"Saya akan rakam drama-drama atau karya kawan-kawan sealiran yang saya rasa kena tengok. Selalunya, kawan-kawan akan ingatkan, saya juga begitu tapi malangnya, kurang ada masa hendak menonton. Tapi, untuk drama hari raya, saya janji pada diri sendiri untuk tengok drama Rahsia Tok Pian yang disiarkan di TV3. Saya suka teknik kesan khas dan konsep drama berkenaan. Kisah orang tua yang tak suka hari raya," kata Azhan yang bakal muncul dengan sebuah lagi drama hebat berjudul Abah Tak Balik Raya pada 18 Ogos nanti.
Tambah Azhan: "Dalam Abah Tak Balik Raya pula, saya jadi ahli bomba. Awal-awal lagi watak saya sudah dimatikan macam dalam Tiba Masanya juga tapi akan selalu muncul sepanjang cerita. Ia kisah tentang dua orang anak yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan bapanya yang meninggal dunia semasa bertugas."
Lebih tujuh tahun berkecimpung dalam drama dan teater tanah air, pelakon yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater itu juga bakal muncul menerusi filem KL Zombi pada Ogos ini.
Memegang watak sebagai anggota polis trafik, kemunculan Azhan itu bakal jadi introduksi pertamanya ke layar perak mendahului filem-filem lain lakonannya yang masih belum ditayangkan termasuklah Anak Jantan, Pencinta, Aku Kini Kamu dan In What City Doest It Live.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan