kumpulan hujan - Google Blog Search |
Kemuncak <b>hujan</b> meteor Perseid 12/13 Ogos 2013 ~ ASTROMAS <b>...</b> Posted: 11 Aug 2013 10:41 AM PDT Assalamualaikum dan hai.... Pernahkah anda melihat tahi bintang melintas di dada langit secara live di depan mata anda? Mungkin pernah sekali dua. Namun tahukah anda bahawa pada malam ini anda berpeluang melihat sehingga 100 tahi bintang dalam masa satu jam dengan hanya menggunakan mata kasar sahaja? Ini bukan gurauan. Pada malam ini (malam 12/13 Ogos 2013) akan berlaku kemuncak peristiwa hujan meteor Perseid. Ia diberi nama Perseid kerana tahi bintang ini kelihatan keluar dari buruj Perseus. Apa yang bakal saya lihat? Apa yang bakal anda lihat ialah jaluran cahaya memanjang di langit selama beberapa saat. Jaluran cahaya tersebut boleh jadi kuning, putih, hijau dan sebagainya bergantung kepada komposisi tahi bintang tersebut. Anda jangan risau kerana tahi bintang tersebut tidak akan melanggar anda. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat ratusan tahi bintang sepanjang anda mencerap pd pagi nanti. Cara melihat peristiwa ini. Semua ini boleh dilihat dengan mata kasar sahaja. Tidak perlu anda menggunakan binokular atau teleskop. Cara melihat peristiwa ini ialah dengan cara berbaring di padang atau kawasan yang luas dari cahaya lampu. Gunakan bantal dan tikar serta baju sejuk dan secawan kopi untuk menyegarkan anda. Bila dan di mana kawasan untuk dilihat. Saya ingin mencadangkan anda untuk memulakan pencerapan pada jam 1 pagi 13 hb Ogos. Anda boleh mula dengan memandang ke arah langit timur (arah matahari timbul) dan apabila sekitar jam 3 pg ke atas anda boleh melihat ke seluruh kawasan langit. Boleh dikatakannya peristiwa ini akan bermula pada sekitar jam 1 pg sehingga waktu matahari naik. Ada tips penting? Sudah tentu ada. Pastikan dada langit yang anda lihat tersebut adalah dipenuhi dgn bintang. Jangan lihat pd langit yg gelap tanpa bintang kerana di situ terdapat awan tebal. Jika ada tompokan langit yg bersih dari awan, maka anda boleh fokus di kawasan tersebut. Peristiwa ini boleh dicerap bukan pada malam ini sahaja, tetapi juga pada malam2 akan datang. Walaupun aktiviti nya mungkin tidak akan semeriah pada malam ini namun masih berbaloi untuk diikuti. Jika anda ada membuat pencerapan atau ingin bertanya kan soalan, boleh terus ke FB Astromas. Jom mencerap! Dr. Mohd Rizuan Ali | |
BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan hujan</b> - Google Blog Search Posted: 30 Jul 2013 01:16 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from kumpulan hujan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan