Nuffnang

Rabu, 14 Ogos 2013

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


<b>Siti Nordiana</b>, Nubhan Bercinta? - Gossip Artis Malaysia

Posted: 12 Jul 2013 11:33 PM PDT

Pada: Sabtu, 13 Julai 2013 Dengar cerita yang Siti Nordiana atau Nana kini rapat dengan bekas pelajar Akademi Fantasia penyanyi, Nubhan. Menurut sumber, mereka berdua menjalinkan hubungan percintaan.

Namun tidak dipastikan kebenaran cerita ini secara dalamannya. Namun kata Nana, dia menganggap Nubhan sebagai kawan biasa sahaja, walaupun berasal dari satu negeri yang sama.

"Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip tu kepada saya. Sebenarnya dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih.

"Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana, kami selalu bersama. Cuma sekarang ni kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip tu tak munasabah.

"Kalau betullah kami bercinta, takkan lah kami dengan mudah nak kongsi gambar percutian di Perhentian lalu. Kami kongsi setakat suka-suka saja. Lagipun kami pergi beramai-ramai. Kawan-kawan dia kawan saya juga. Kawan-kawan saya, kawan dia juga." jelas Nana.

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

<b>Siti Nordiana</b> Perjelas Hubungan Intim Dengan Nubhan - Buah Mulut

Posted: 23 Jul 2013 12:17 PM PDT

Ketika ini sedang rancak perbualan borak kosong peminat tempatan tentang seorang artis yang merupakan ibu tunggal, Siti Nordiana @ Nana dan juga Nubhan yang kini dikatakan sedang hangat bercinta.


Raja Ema

Akibat mesranya mereka berdua secara terbuka maka diklasifikasikan itu adalah daya tarikan diantara adam & hawa dalam fitrah kehidupan. Baik Nubhan mahupun Nana keduanya menafikan wujudnya perasaan cinta diantara mereka, bahkan Nana hanya menganggap Nubhan itu tidak lebih seperti adiknya sendiri.

"Saya akuilah memang rapat berkawan dengan nubhan pada masa ini dan segala masalah yang saya hadapi pasti akan luahkan dengan dia. Tapi rapat kami tak adalah sampai terbawa bawa perasaan cinta. Dengan perbezaan umur 2 tahun diantara kami saya anggap Nubhan ni dah macam adik sendiri"


Raja Ema

"Mungkin kami digosipkan sebagai tengah bercinta hanya disebabkan kami berkawan rapat sedangkan seperti yang saya cakap tadi kami tidak ada apa-apa hubungan yang istimewa."

Ujar Nana juga dirinya ada memikirkan untuk menoktahkan kehidupanya sebagai ibu tunggal tapi tidak pasti bila masa itu akan tiba dan hanya menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

p/s : Gambar Terkini Siti Nordiana & Anak [Lihat Gambar]

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan