Nuffnang

Rabu, 14 Ogos 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Reda Dengan Keputusan Aidil Zafuan — <b>Rita Rudaini</b> Sahkan <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2013 07:29 PM PDT

Rupa rupanya, ada laporan akhbar menyebut tentang Aidil Zafuan yang menceraikan Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) — dan kejadian ini berlaku petang Ahad sebelum waktu berbuka.

Laporan Berita Harian hari ini menyebuut yang Rita Rudaini mengesahkan menerima kiriman SMS daripada Aidil Zafuan petang semalam selepas berlaku perang SMS antara mereka sebelum itu.

Rita Rudaini turut mendedahkan yang antara butiran SMS yang di'terima dari Aidil Zafuan bertulis "Aku ceraikan kau talak satu".

"Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS," ujar Rita Rudaini.

"Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya"

"Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah," tambahnya lagi yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri.

Aidil Zafuan Cerai <b>Rita Rudaini</b> Talak Satu Menerusi SMS? - RotiKaya

Posted: 04 Aug 2013 05:44 PM PDT

Berita ini belum dapat disahkan dari sumber sumber yang sahih tetapi laman hiburan popular Beautiful Nara menulis stesen berita radio Malaysia melaporkan Aidil Zafuan sudah melafazkan cerai.

Aidil Zafuan atau nama sebenar Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak di'laporkan telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tidak pula di'nyatakan bila dan kenapa Aidil Zafuan mengambil tindakan drastik sebegitu terhadap Rita Rudaini sedangkan kes rumahtangga mereka masih berjalan di mahkamah.

Semalam, Rita Rudaini menerusi Berita Harian meluahkan rasa bengang terhadap sikap Aidil Zafuan yang mempunyai kini hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Zarema.

"Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil," ujar Rita Rudaini.

"Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya"

Adakah Aidil Zafuan ambil keputusan nekad untuk bercerai ekoran luahan rasa Rita Rudaini di akhbar semalam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan