Que Haidar - Google Blog Search |
Anak kedua <b>Que Haidar</b> dan Linda Jasmine - MyBlogSantai Posted: 30 Apr 2012 02:06 AM PDT Anak kedua Que Haidar dan Linda Jasmine telah selamat dilahirkan pada 26 April yang lalu iaitu pada hari Khamis pada am 1.28 petang. Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram itu diberi nama Tengku Cleopatra Haidar dan dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneneagles,Kuala Lumpur. Menurut sumber, Linda sengaja melahirkan Cleo pada tanggal 26 kerana kesemua anak-anaknya lahir pada 26 haribulan tetapi bulan yang berbeza. Anak sulungnya hasil perkahwinan pertama, Qaliff Khan 12 Tahun dilahirakan pada 26 Januar 2000. Manakala anak keduanya iaitu anak pertama hasil perkahwinan Linda dan Que, Tengku Ratu Haidar dilahirkan pada 26 Oktober 2009 dan terakhir Tengku Cleopatra pada 26 april 2012. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasangan Linda dan Que Haidar dengan kehadiran cahaya mata baru mereka. Bagaimanapun, Tengku Cleopatra masih belum ditunjukkan kepada umum. Linda akan membawanya kepada media dalam masa tedekat ini. Sekali lagi tahniah dengan keadiran Anak kedua Que Haidar dan Linda Jasmine. Anak kedua Que Haidar dan Linda Jasmine, |
Ong Kim Swee Patut Ambil Alih Tugas Rajagobal - Kafe <b>Que</b> vs <b>...</b> Posted: 31 Jul 2013 09:43 PM PDT ONG KIM SWEE VS DATUK K.RAJAGOBAL Minggu ini sahaja kita dapat lihat di dada akhbar tempatan yang mengkritik persembahan pasukan kebangsaan di Jepun. Di laman Facebook ramai individu yang menghentam skuad Harimau Malaya yang tewas dalam semua siri perlawanan persahabatan. Paling memalukan kita tewas kepada pasukan berstatus kelab yang hanya berada di tangga ke-11 dalam liga divisyen 2. Ke mana hala tuju pasukan Malaysia? Adakah kita hanya bermain bola atau mahu memperbaiki kelemahan dan mencari formula terbaik sebelum kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula? Patutkah Datuk K.R melepaskan saja jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Malaysia? Atau kita perlu beri peluang sambil melihat berapa gol pula yang akan dilepaskan ketika bertemu kelab gergasi Eropah, Barcelona. Rasanya jika melihat pada prestasi semasa, Neymar dan Messi mampu mencatat hattrick. Fabregas, Iniesta dan Xavi akan mengawal mudah kawasan tengah. Barisan pertahanan dan penjaga gol Barcelona mungkin hanya minum air disebabkan suhu yang agak tinggi. Sebagai peminat apa yang mampu kita lakukan hanyalah mengharap supaya tiada rekod baru jaringan yang terhasil malam itu. Kalah sudah pasti. Yang penting corak permainan pasukan negara perlulah setimpal dengan dengan sokongan ribuan peminat. Kalau setakat tengok pemain kebangsaan diperkotak-katikkan baik tak payah. Kita mempunyai skuad remaja yang bagus. Dilatih oleh seorang yang pernah membimbing skuad remaja Bayern Munich, Ong Kim Swee. Rasanya sudah tiba masanya FAM melihat kekalahan demi kekalahan sebagai kegagalan Datuk K.Rajagobal mengatur strategi dan pemain. Setiap jurulatih ada masa naik dan turun mereka. Sampai bila kita mahu tunggu? 8 perlawanan persahabatan hanya 1 kemenangan berjaya diraih. Sejak kejayaan Piala AFF Suzuki 2010, Malaysia gagal mempamerkan konsistensi di peringkat antarabangsa. Sama ada ini ada kaitan dengan insentif yang berlebihan atau Liga-M yang tidak kompetitif anda tentukan sendiri. Pembangunan pemain seolah terhenti dan semakin merosot. Ke mana perginya sengat Safee Sali dan Safiq Rahim yang begitu digeruni suatu ketika dahulu. Kini mereka umpama pelengkap kepada pasukan kebangsaan sahaja. Jurulatih yang hebat perlu tahu kesebelasan terbaik bagi setiap perlawanan dan menentukan taktik atau strategi berdepan lawan berbeza. Karisma seperti Jose Mourinho, Jurgen Klopp dan Sir Alex Ferguson mampu membuat keputusan tepat pada waktunya. Jika sesuatu pelan tidak berhasil, kita perlu tukar kepada pelan yang lain. Ini antara kekurangan pasukan kebangsaan ketika ini.
Kalau nak dibandingkan dengan Soccerkids Malaysia, Harimau Malaya patut malu dengan permainan yang ditunjukkan. Mereka sepatutnya menjadi contoh dan pembakar semangat pemain muda untuk terus sukses di peringkat yang lebih tinggi. Hasil tuaian di Jepun menyaksikan pasukan Malaysia bolos sebanyak 12 kali dan gagal menjaringkan sebarang gol. Itu hakikatnya yang perlu kita telan. Sama-sama kita nantikan keputusan Mesyuarat Tertinggi FAM hari ni. Berubah atau terima padah! Like jika anda suka entri ini dan share dengan rakan anda ;) Tq Entri berkaitan : AFF SUZUKI, analisis, bola sepak, FAM, harimau malaya, isu semasa, kelayakan piala asia, keputusan perlawanan, malaysia, ong kim swee, pendapat, rajagobal, sukan |
You are subscribed to email updates from Que Haidar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan