Nuffnang

Sabtu, 14 September 2013

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Aaron Aziz</b> Tak Mahu Populariti - Gua.com.my

Posted: 04 Sep 2013 10:22 AM PDT

Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz menjelaskan yang dia kini lebih selektif dalam memilih peranan yang bakal dilakonkan untuk sesebuah produksi. Jelas Aaron dia mengambil pendekatan sebegitu kerana ingin melakonkan watak-watak yang memberikan kepuasan kepada dirinya dan juga penonton.

"Saya akan lebih selektif selepas ini dalam menjayakan sesebuah watak sama ada menerusi filem ataupun drama. Tujuan saya bukanlah semata-mata untuk menjadi pelakon yang memilih ataupun seorang yang cerewet, tetapi saya mahukan kepuasan. Setiap lakonan saya kini bukan lagi untuk mencari populariti, tapi kepuasan.

Jika saya mengambil tawaran untuk menjayakan watak yang berkualiti, peminat dan penonton sendiri yang akan datang membeli tiket untuk menonton lakonan saya. Jika mereka  puas hati, mereka tidak akan rasa wang yang dibelanjakan untuk membeli tiket itu terbazir," jelas hero filem 'Ngorat' ini.

Menemui Aaron di set penggambaran filem terbaru arahan Ahmad Idham, 'Tembus' di sekitar Pudu, Kuala Lumpur, Aaron sempat berkongsi pengalamannya dalam menjayakan filem terbaru yang menggandingkan dirinya dengan Fazura dan pelakon cantik dari Indonesia, Luna Maya.

"Saya tiada masalah dan senang dengan semua pelakon dan tenaga produksi yang terlibat dalam filem ini. Kelainan yang dibawakan dalam filem ini ialah ia mengangkat tema drama yang berat (heavy drama). Saya memegang watak sebagai Hari, isteri kepada Izza (lakonan Fazura). Hari merupakan seorang lelaki dan suami yang baik.

Namun begitu, terdapat rahsia di sebalik kebaikannya. Izza merupakan isteri yang sibuk dengan kerjaya dan menyebabkan Hari menjadi ibu dan ayah kepada anak mereka (lakonan Mia Sara). Apabila satu insiden di mana anak mereka diculik, rahsia Hari terbongkar satu demi satu kepada isterinya," cerita Aaron.

Bercakap mengenai cabaran dalam menjayakan filem ini, Aaron menjelaskan temanya sendiri telah menjadi satu cabaran bagi dirinya.

"Filem ini bertemakan drama. Jika menjayakan sesebuah produksi drama bersiri televisyen dengan tema ini, banyak masa untuk pelakon dan pengarah untuk mebina sesebuah watak dan menonjolkan elemen sedih, konflik dan sebagainya dalam episod demi episod. Tetapi memandangkan ini sebuah filem, jadi apa yang saya harapkan drama yang ditonjolkan akan cukup rencah untuk menyokong jalan cerita dan akan meninggalkan impak kepada penonton," ujar Aaron lagi.

Serasi Dengan Fazura & Luna Maya

Bercerita mengenai keserasian lakonan bersama Fazura dan Luna Maya, Aaron menjelaskan tidak sukar untuk bekerjasama dengan mereka.

"Semua maklum yang sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Fazura dalam filem 'Pisau Cukur', jadi saya tiada masalah untuk mencari keserasian dengannya. Bercakap mengenai Luna Maya pula, Luna pernah berkata dengan Ahmad Idham, jika sebelum ini di Indonesia, tenaga produksi di sana melakukan persiapan sebulan sebelum tarikh penggambaran untuk mendapatkan 'chemistry' antara pelakon. Namun di sini masanya singkat. Jadi bila saya jumpa dia di set, saya ada berbual-bual sedikit dengan Luna untuk membuatkan dia rasa selesa dan untuk mendatangkan keserasian itu sendiri," tutur Aaron mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Komen