Mia Sara - Google Blog Search |
<b>Mia Sara</b> & Rykarl dalam Drama Strawberi & Karipap - ManggaOnline Posted: 26 Aug 2013 11:36 PM PDT
Biarpun ada kalanya kenakalan dan kepetahan dua pelakon kanak-kanak bijak ini agak keterlaluan namun ia tidak mengundang apa-apa masalah bagi pengarah mahupun pelakon-pelakon lain.
"Saya terpaksa jadi kanak-kanak juga untuk handle mereka, nak cakap senang sangat nak handle itu tidak juga, tapi tidaklah sampai mendatangkan masalah besar," cerita P. Prem Anand Pillai, pengarah drama Strawberi & Karipap. Selain meletakkan Mia Sara dan Rykarl sebagai pelakon utama, Strawberi & Karipap, pelakon remaja popular Nellydia turut berlakon dalam drama ini bersama pelakon, Zizan Nin. "Cerita Strawberi & Karipap ini adalah idea asal Astro Ceria, kerana melalui penelitian kami, kebanyakkan penonton lebih gemar dan cenderung kepada pengisian yang bersifat ringan, komedi, mempunyai nilai kekeluargaan dan tidak memerlukan penghayatan yang berat untuk mentafsir keseluruhan jalan cerita. "Kami ingin memberi hiburan buat penonton khususnya untuk golongan kanak-kanak," kata Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin. |
You are subscribed to email updates from Mia Sara - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan