Nuffnang

Sabtu, 14 September 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Tak Kisah Masyarakat Pandang Serong Kepadanya |

Posted: 22 Aug 2013 06:35 PM PDT


Susulan tuduhan kurang didikan agama terhadap bekas mertuanya, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dan mula memandang serong terhadap Rita Rudaini. Ada yang menggelar Rita sebagai "wanita bermulut jahat" kerana kata-katanya yang agak kasar. Namun buat Rita, dia tidak kisah sekiranya masyakat memandang seorng terhadap.
rita rudainiMenerusi Berita Harian hari ini, Rita Rudaini memaklumkan kebahagiaan rumahtangga yang dikecapinya hanya bertahan selama 9 bulan sahaja. Kata Rita:-

Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya.

Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,

rita rudaini

Biasalah tue kalau isteri tak balik sekali dengan suami, pasti si suami akan dinasihati oleh keluarganya. Menariknya Rita turut berkongsi pengalaman dirinya dihalau oleh keluarga Aidil ketika mengandungkan anak sulung. Kata Rita lagi:-

Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.

Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.

Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda

rita rudaini

Entahlah Abang Nara pun susah nak cakap siapa yang benar. Rita cakap macam nie, Aidil cakap macam tue. Kalau dua-dua boleh diam memang terbaik. Tak perlu keluarkan lagi apa-apa kenyataan. Buat pening dan serabut kepala orangnya. Lagi teruk kalau mula-mula kasihan lama-lama jadi benci sebab banyak sangat cerita keluar. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Komen