Nuffnang

Selasa, 10 September 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Tunggang Motosikal Di Litar Sepang – Perak Today

Posted: 20 Aug 2013 11:10 PM PDT

fizo1

Pelakon Fizo Omar memperluaskan hobinya sebagai penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan menunggangnya di litar Sepang, dekat sini.

Fizo, 28, berkata, dia mula mempelajari teknik berlumba di litar dengan cara yang betul bersama pelumba-pelumba sebenar.

"Saya belajar menunggang motosikal di litar Sepang dengan kawan-kawan saya yang memang seorang pelumba motosikal profesional. Ia hanyalah sekadar suka-suka dan tiada niat saya untuk menyertai mana-mana perlumbaan.

"Apa yang saya dapat adalah satu kepuasan yang berbeza berbanding menunggang motosikal dia jalan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Fizo Omar segak dengan pakaian perlumbaannya.

Tambah Fizo, cabaran terhadap aktiviti tersebut iaitu perlu memberikan fokus yang tinggi ketika berada di litar menjadikan dia seorang yang lebih berdisiplin.

"Banyak yang saya belajar tentang teknik berlumba dan perkara paling penting ialah tumpuan yang lebih ketika berada di litar.

"Dengan itu juga ia sedikit sebanyak menjadikan diri saya seorang yang sentiasa peka dan berhati-hati," katanya.

Tambah Fizo lagi, sejak menyertai aktiviti tersebut beberapa bulan lalu, dia meluangkan masa hampir setiap minggu untuk menunggang di litar.

- mStar

<b>Fizo Omar</b> Tegur Sikap Afiq Muiz | - Beautifulnara

Posted: 30 May 2013 07:33 PM PDT


Kontroversi yang melanda Afiq Muiz dan ibunya ternyata mendapat perhatian selebriti-selebriti tanah air. Rata-rata menasihatkan Afiq agar segera memohon maaf kepada ibunya. Fizo Omar turut tidak terkecuali untuk memberikan sedikit nasihat dan teguran kepada Afiq.

afiq muiz

Abang Nara tertarik dengan perkongsian cerita Fizo Omar mengenai kehidupannya. Kata Fizo kepada Mstar Online:-

Dahulu saya pernah susah, gaji pun tidak seberapa, tetapi masih mampu memberikan sedikit wang kepada ibu. Dan selepas itu semestinya ibu akan mendoakan buat anaknya agar berjaya pada masa akan datang. Alhamdulillah, berkat doa ibu, saya masih kukuh sebagai pelakon dan pada masa sama sudah memiliki 30 buah francais perniagaan burger (Hot Burger) di bawah syarikat saya F120 Enterprise. Tidak lama lagi saya akan membuka syarikat produksi menerbitkan drama pula, Insya-Allah

fizo

Sememangnya doa seorang ibu sangat penting di dalam menentukan kejayaan hidup seorang anak. Doa ibu adalah antara doa yang paling senang dimakbulkan olehNya. Tambah Fizo Omar lagi:-

Kalau nak diikutkan, Afiq masih belum berjaya sepenuhnya tetapi nama dia sedang meningkat naik. Dengan keadaan dia tidak meminta maaf kepada ibu, saya percaya hatinya susah untuk menjadi tenang. Jangan kecilkan hati mereka. Kita kena terima hakikat bahawa orang tua mudah terasa hati. Perlu diingat, mereka tidak inginkan wang kita melainkan masa yang diluangkan bersama. Nilai wang yang kita beri kepada mereka tiada tandingnya berbanding apa yang telah dilakukan sejak mengandungkan kita lagi.

Fuh ~~ Memang insap sungguh kata-kata nasihat Fizo Omar ini. Kena sejibik kat dahi Afiq Muiz. Malah Fizo turut berkata yang dia sanggup berpisah dengan kekasih demi ibunya. Bagi Fizo, ibunya pasti ada sebab-sebab tertentu tidak menyukai kekasih hatinya. Memang bagus betullah Fizo Omar ini. Inilah contoh anak lelaki mithali yang kita cari selama ini. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Fizo Omar</b> bakal bertunang gadis bertudung | KLPRESS.COM

Posted: 09 Sep 2013 12:28 AM PDT

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul cerita kononnya pelakon serta pengacara Fizo Omar bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis pada tahun ini. Berita ini sedikit sebanyak mengejutkan ramai peminatnya memandangkan pengacara program bual bicara, 'Nasi Lemak Kopi O' ini tidak pernah mendedahkan identiti kekasih barunya itu.

Bagi mengetahui kesahihan mengenai perkara ini, GUA bertanyakan sendiri kepada tuan empunya badan dan Fizo yang pada mulanya agak keberatan untuk mengulas mengenai perkara ini akhirnya akur menjawab soalan yang diajukan.

"Cukuplah saya cakap ya (akan bertunang). Saya tak berani nak cakap lebih memandangkan perkenalan kami masih baru lagi iaitu dalam masa beberapa bulan saja. Jika tiada halangan, perancangan bertunang itu InsyaAllah pada tahun ini kerana bagi saya, lagi cepat lagi bagus," ujar jejaka berusia 28 tahun ini yang enggan mendedahkan identiti bakal tunangnya itu.

"Apa yang boleh saya cakap, dia bukan selebriti. Saya selesa dengan dia sebab pemikiran kami sama kerana dia pun ke arah bisnes. Saya juga tertarik dengan sikap sopan yang ada pada dirinya serta penampilannya yang bertudung."

Umum mengetahui Fizo baru saja putus cinta dengan wanita bernama Haas Jaafar sejak enam bulan lepas selepas menyulam cinta selama dua bulan. Ditanya tidakkah keputusannya untuk bertunang dibuat terburu-buru memandangkan dia baru saja mengenali wanita tersebut, Fizo mempunyai jawapan tersendiri.

"Mungkin sudah sampai masanya untuk saya hidup berkeluarga. Saya juga seperti orang lain yang ingin mempunyai keluarga sendiri, isteri serta anak sebelum ingin lebih memfokuskan diri kepada karier seni dan perniagaan. Alhamdulillah, rezeki saya pun semakin murah jadi tiada apa yang nak ditunggu lagi. Ibu pun dah bagi lampu hijau dan kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.

Saya percaya pada naluri dan rasa dia yang terbaik untuk saya. Saya rasa lebih baik bercinta selepas berkahwin dan dengan restu ibu, saya rasa ini memang yang terbaik untuk diri saya," ujar pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran Kaisar N.D Lala, baru-baru ini. – Gua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan