Nuffnang

Selasa, 10 September 2013

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


Gambar <b>Iqram Dinzly</b> Kini Berserban - Gossip Artis Malaysia

Posted: 06 Sep 2013 10:38 PM PDT

Pada: Sabtu, 7 September 2013
Sekarang ni penampilan Iqram Dinzly cukup berubah, pakai serban di kepalanya. Memang agak pelik kalau dilihatkan memandangkan dia seorang pelakon, bukan dari golongan Arab mahupun alim.

Tapi pemaikaian serban ini dikira trend dan mahu mencari kelainan sikit dalam kehidupan. Tapi jangan cari publisiti sudah la. Keke.

Temui bual bicara mengenai serban Iqram di Kosmo! baru-baru ini.

Bolehkah Iqram komen mengenai perubahan imej anda yang dikatakan agak Islamik seperti pemakaian serban melalui gambar-gambar yang dikongsikan di laman Instagram?

Sebenarnya, tidak ada jawapan khusus mengapa saya mengenakan serban ataupun lilitan di kepala kerana perkara ini datang dengan spontan.

Saya mula memakai serban sejak Ramadan tahun lepas lagi. Cuma, pada tahun ini saya pelbagaikan untuk seiring dengan fesyen.

Adakah ini petanda Iqram cuba tunjukkan bahawa diri anda sudah berubah ke arah yang lebih Islamik?

Saya kini cuba mendalami agama sebanyak yang boleh dan saya anggap perubahan ini seiring dengan usia yang semakin meningkat. Tidak ada apa yang pelik mengenai diri saya.

Serban ini hanya menukar sedikit sahaja daripada penampilan saya tetapi bukan diri saya secara keseluruhan. Saya tetap Iqram yang dulu. Pemakaian serban juga menjadi amalan nabi-nabi dan tidak ada salahnya untuk mempraktikkannya kembali dengan cara yang lebih moden mengikut pengedaran zaman.

Jika begitu, bolehkah Iqram huraikan mengenai pemilihan pemakaian serban ini?

Seperti memakai topi atau apa-apa aksesori kepala lain, pemakaian serban atau lilitan di kepala juga boleh dijadikan satu aksesori yang menambah sedikit kelainan dalam penampilan. Saya kurang gemar memakai songkok atau pun kopiah. Kerana itu saya memilih serban atau pun kain penglilit kepala.

Adakah Iqram akan mengekalkan penampilan berserban ini dalam setiap kemunculan di khalayak?

Insya-Allah saya akan kekalkan. Penampilan ini juga menjimatkan kos saya sebenarnya kerana saya tidak perlu fikir mengenai gaya rambut atau ke salon atau pun berada berjam-jam di hadapan cermin untuk memastikan rambut saya berada dalam keadaan yang menarik (ketawa).

Aktiviti Iqram dalam dunia hiburan juga semakin berkurangan. Adakah ini sebahagian daripada cubaan untuk bersara atau anda merajuk hati?

Saya kini lebih selektif dalam memilih tawaran untuk memberi ruang kepada saya untuk melakukan apa yang tidak dapat saya lakukan sebelum ini.

Kini saya boleh seimbangkan kehidupan saya yang dahulunya tersekat dalam kelompok yang sama. Saya hanya mengurangkan sedikit sahaja aktiviti dalam dunia hiburan tetapi tidak bermakna saya merajuk atau pun ingin bersara dari dunia ini.

Adakah Iqram juga ingin berhijrah seperti rakan-rakan artis yang lain?

Perkataan hijrah tidak sesuai digunakan kepada penggiat seni seperti saya kerana jika ingin berhijrah, maknanya lupakan terus dunia hiburan.

Mencecah usia 30-an seolah bermulanya satu anjakan paradigma dalam diri saya yang mematangkan pemikiran serta tingkah laku. Namun, tidak mungkin saya berhenti terus dari dunia lakonan ataupun dunia hiburan kerana ia telah sebati dalam dirinya.

Kini saya lebih banyak memenuhi undangan pengacaraan berbanding undangan lakonan.


Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan