Nuffnang

Selasa, 10 September 2013

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


David Teo Dan <b>Saiful Apek</b> Berdamai? | Kaki Bising Dot Com

Posted: 29 Jun 2012 06:06 AM PDT

Kontroversi melibatkan penerbit filem, David Teo dan pelawak Saiful Apek bukan rahsia lagi.

Kes Allahyarham Bob Kuman adalah 'puncak' kepada pergeseran mereka berdua.

Bob Kuman ketika itu menjadi perhatian umum apabila Allahyarham yang tampil ke depan mendedahkan sikap David dan syarikat produksinya yang beliau dakwa tidak mengendahkan kesihatan dirinya dan menghulurkan bantuan kewangan walaupun Allahyarham jatuh sakit di lokasi pengambaran.

Malah, isu antara mereka berlarutan sehinggalah David membuat kenyataan Bob Kuman sebenarnya hanyalah meraih simpati dan meminta sedekah dengan mengeluarkan cerita sedemikian.

Masalah mereka berdua berlarutan hinggalah Bob Kuman menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kenyataan David itu sedikit sebanyak telah pun mengguriskan hati Saiful Apek di mana kenyataan 'melampau' penerbit itu seolah-olah tidak menghormati dan menghargai diri Allahyarham.

Kemudian Saiful Apek telah memuat naik status di laman sosial Facebooknya (FB Fanpage) iaitu kenyataan yang menyindir David Teo.

"HA! HA! HA! Sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA! HA! HA!"

Tidak cukup dengan itu, Saiful Apek juga mendakwa David Teo tidak membayar 'upahnya' dalam filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali.

Apek juga mengatakan demi Allah dia tidak berbohong.

Tetapi sekeping gambar terbaru yang dimuat naik daripada akaun Facebook David menujukkan kedua-dua mereka kini semakin menghampiri 'jalan damai' setelah sekian lama bermusuhan.

" Selamat datang ke off MIG dan Tahniah kerana selesai semua kes..," kata David dalam akaun FBnya itu.

Wah, ini satu perkembangan yang baik, maklumlah dunia hiburan kita bukannya besar, pusing-pusing kat situ juga.

Harapnya janganlah ia bersifat sementara…percayalah tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.

Yang penting masing-masing jangan emosi tak tentu pasal, gunakanlah saluran yang betul, pasti ada jalan keluar.

Mungkinkah lepas ini David dan Saiful Apek akan kembali berganding untuk menggegarkan industri perfileman tanah air?

Kita tunggu dan lihat.-petikan mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan