berita |
Tempatan
Teks: Hazeman Huzir
Gambar: Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2011: Persembahan yang amat menghiburkan dan penuh bertenaga. Itulah yang boleh disimpulkan sewaktu krew murai.com.my menghadiri rakaman konsert mini penyanyi comel genit dari seberang, Rossa di Emporium Grand Café, Fraser Place, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Rakaman konsert mini 'Atas Nama Cinta... Rossa' yang diadakan di kelab hiburan tersebut adalah hasil kerjasama di antara Suria Records dengan Astro Ria sebagai pengisian untuk segmen khas di saluran 104 Astro yang bakal disiarkan bersempena sambutan Aidilfitri nanti.
Dalam rakaman konsert mini tersebut, Rossa telah merakamkan lapan dari empat belas buah lagu yang ditampilkan dalam album kompilasi terbarunya, berserta sebuah lagu tambahan berjudul Takkan Berpaling DariMu, yang telah menjadi latar lagu soundtrack filem Munajah Cinta, atas permintaan para peminat beliau.
Malah, bekas isteri kepada pemain drum Padi iaitu Yoyo ini sempat merakamkan lagu Ayat-Ayat Cinta yang menjadi OST kepada filem Ayat Ayat Cinta sehingga membolehkannya memenangi anugerah "Artis Wanita Solo Pop Terbaik" di Anugerah Muzik Indonesia 2008 dan "Penyanyi Popular" di Anugerah SCTV 2008.
Lagu lain yang turut dipersembahkan Rossa adalah seperti lagu Hati Yang Kau Sakiti, lagu latar OST kepada filem Air Mata Cinta; dan Hey Ladies, OST kepada filem Barbi3. Selain itu lagu-lagu lain seperti Pudar, Memeluk Bulan, Atas Nama Cinta dan Takkan Berpaling Darimu yang turut dinyanyikan untuk menghiburkan para peminatnya yang dijemput khas dari kalangan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Universiti Shahputra, Kuantan.
Juara Bintang Akademi Fantasia Musim 8 (AF8), Shahir yang baru-baru ini memenangi kategori Artis Baru Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPH 2010) turut diundang untuk memeriahkan konsert tersebut .
Malah, Shahir AF juga turut berpeluang untuk berduet bersama Rossa menerusi lagu Terlanjur Cinta iaitu OST daripada filem Dewi. Lagu itu pada asalnya adalah nyanyian Rossa dan Pasha Ungu.
Shahir AF yang pada awalnya nampak agak janggal sewaktu berduet dengan idola kegemarannya, seakan-akan hilang tumpuan buat seketika sewaktu menyampaikan lagu tersebut sehingga terpaksa mengulanginya semula kerana terlupa lirik nyanyiannya.
"Saya lupa lirik bukan sahaja di atas pentas tadi. Apabila diumumkan untuk saya naik ke pentas bersama Rossa tadi saya dah mula gementar. Saya memang impikan untuk berduet dengan Rossa tapi semua itu hanya lah angan-angan sahaja. Tak sangka pula diberikan peluang sebegini oleh pihak Suria Records," terang Shahir ketika ditemui Murai.com.my.
"Saya lupa lirik bukan sahaja waktu menyanyi di atas pentas tadi. Malah, sebaik saja diumumkan untuk saya naik ke pentas bersama Rossa pada awal tadi pun saya dah mula gementar. Saya memang dah lama impikan impikan untuk berduet dengan Rossa tapi saya tak pernah rasa ianya akan jadi kenyataan. Tak sangka pula diberikan peluang sebegini oleh pihak Suria Records dan Astro ," terang Shahir AF kepada murai.com.my.
Selain menjayakan penggambaran konsert mini Atas Nama Cinta...Rossa, penyanyi ini juga turut mempromosikan album kompilasi terbarunya yang berjudul "Rossa: Harmoni Jalinan Nada & Cerita" sewaktu datang ke Malaysia baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan