Nuffnang

Sabtu, 30 November 2013

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


<b>Aizat Amdan</b> Dinobat Komposer Muda Berpotensi - Gua.com.my

Posted: 24 Nov 2013 11:40 PM PST

Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2013 menyaksikan Datuk Mohd Nasir Mohamed atau lebih dikenali dengan nama M. Nasir berjaya merangkul dua anugerah dalam majlis yang berlangsung di Hotel Royale Bintang Damansara, Kuala Lumpur, malam Ahad.

Datuk M.Nasir berjaya mendominasi kategori Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak untuk kali ke-14 manakala syarikatnya Luncai Emas Sdn Bhd membawa pulang anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.

Sementara anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak memihak kepada Habsah Hassan yang juga merupakan presiden MACP. Habsah merupakan penulis lirik yang cukup sinonim dengan lagu-lagu dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Pemilihan dibuat berdasarkan keputusan pengagihan royalti MACP sepanjang tahun ini. Justeru, majlis makan malam dan penyampaian anugerah itu diadakan bagi mengiktiraf komposer serta lagu yang seringkali diputarkan di corong radio, televisyen, tempat awam dan telefon bimbit.

Anugerah Nadi Cipta dimenangi Adnan Abu Hassan menerusi sumbangannya terhadap industri muzik melalui karya-karya kreatifnya. Adnan merupakan komposer yang bukan asing lagi di negara ini di mana ramai artis yang mengalunkan lagu-lagu ciptaannya.

Aizat Amdan pula dipilih sebagai penerima anugerah Komposer Muda Berpotensi sementara anugerah Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi dibawa pulang oleh EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd.

Komposer dan penyanyi rap, Malique menerima anugerah Persembahan Lagu Melayu Terbanyak menerusi lagu "Bawaku Pergi" nyanyian Kaka dan Zizan. Bagi kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi, ia dimenangi oleh Michael Wong menerusi lagu ciptaannya, "Tong Hua".

Majlis yang dihadiri penggiat seni, karyawan dan para media ini juga turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi MACP, Habsah Hassan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan