Nuffnang

Sabtu, 30 November 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Teruja Pertama Kali Berlakon Bersama RTM | Oh! Artis

Posted: 04 Oct 2013 07:21 AM PDT

ohartis-didie-alias-pertama-berlakon-rtm-1

Didie Alias, nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanahair. Terkenal dengan pelakon dan pelawak serba boleh, Didie Alias juga digelar sebagai Lady Gaga Malaysia kerana gemar mengenakan pakaian yang pelik dan unik setiap kali muncul dalam majlis-majlis berprestij.

Walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan, pasti ramai yang tidak menyangka Didie Alias sebenarnya tidak pernah berlakon bersama produksi tertibat RTM. Menerusi telefilem Designer DD Naik Haji yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menjadi lakonan pertama Didie Alias bersama RTM.

Menurut Penerbit Eksekutif RTM, perkara tersebut disebabkan sebelum ini pihaknya tidak mempunyai watak yang bersesuaian dengan pelakon wanita tersebut.Namun pemilihan Didie sebagai pemegang watak utama dalam drama khas sempena Hari Raya Aidiladha itu adalah berikutan karakternya sebagai 'Lady Gaga Malaysia'.

"Telefilem ini merupakan drama pertama lakonan Didie Alias bersama RTM. Sebelum ini nama dia tidak pernah tersenarai untuk berlakon bawah pihak kami. Mungkin kerana tiada watak yang sesuai," katanya pada sidang media telefilem di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri, di sini, Khamis.

"Kita mencari seorang yang berkarakter seperti Lady Gaga dan hanya seorang sahaja di Malaysia iaitu Didie Alias dan kita juga menggunakan nama asalnya sebagai tajuk drama ini.

"Alhamdulillah dia terima tawaran ini dan menjayakan drama ini dengan baik," katanya.

Didie Alias pula menyatakan keterujaannya kerana dapat bekerjasama dengan pihak RTM buat pertama kalinya setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia lakonan di Malaysia.

"Sebelum ini ada beberapa tawaran drama tapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan penggambaran lain. Namun begitu saya banyak terlibat sebagai pengacara dengan pihak RTM," jelas Didie.

Drama ini mengisahkan mengenai seorang pereka fesyen yang berhasrat untuk mendekatkan diri dengan agama dan ingin menunaikan ibadah Haji namun mendapat tentangan keluarga.

Ia turut dibarisi pelakon popular Amar Asyraf, Chacha Maembong dan Maimunah Ahmad. Designer DD Naik Haji bakal disiarkan pada 15 Oktober ini pada pukul 10 malam di TV1.

OHARTIS: TAK PERNAH BERLAKON BERSAMA RTM RUPANYA SI DIDIE ALIAS NI.

GAMBAR ZIZIE IZETE DAN <b>DIDIE ALIAS</b> DI ISLAMIC FESHION <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2013 07:26 PM PST

Assalamualaikum...

Semalam ada tengok gambar
2 pelakon hebat ni..
Gambar masa Islamic Festival Fashion ..

Festival ni berlangsung pada 18-20 november
Di hotel JW Mariott..

Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan