Nuffnang

Sabtu, 30 November 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Foto: <b>Rita Rudaini</b> Dilabel Karisma Kapoor Malaysia? | Portal <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2013 04:00 PM PST

Foto: Rita Rudaini Dilabel Karisma Kapoor Malaysia?

Tidak dapat dinafikan bahawa Rita Rudaini memiliki rupa paras yang semulajadi jelita tanpa memerlukan solekan tebal.

Namun dalam diam sebenarnya terdapat seorang peminat yang menyedari wajah Rita seakan mirip pelakon terkenal Bollywood, Karisma Kapoor.

Dan daripada apa yang OHBULAN! perhatikan, memang terdapat sedikit persamaan pada wajah kedua-duanya, terutama sekali di bahagian hidung dan mata.

Peminat tersebut merujuk kepada sekeping gambar terbaru yang dikongsikan oleh Rita di laman Instagram miliknya semalam.

Foto: Rita Rudaini Dilabel Karisma Kapoor Malaysia?

Foto berkenaan merupakan salah satu isi kandungan majalah InTrend edisi Disember 2013 yang menampilkan ibu tunggal itu sebagai wajah muka hadapan.

Untuk makluman anda juga, penampilan Rita di dalam majalah tersebut kelihatan berbeza dan dari sinar matanya terserlah sisi kekuatan pelakon ini.

Menerusi InTrend edisi Disember juga, ibu kepada dua orang putera ini berkongsi pengalaman hidupnya selepas mengalami perceraian dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Mungkin ini salah satu cara Rita untuk menunjukkan bahawa dirinya lebih kuat daripada yang disangka.

Apapun, untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa keping foto Rita yang menghiasi muka hadapan majalah InTrend untuk tatapan anda.

Foto : Mahkamah Sahkan Perceraian <b>Rita Rudaini</b> & Aidil | Portal <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2013 02:28 AM PDT

Foto : Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil

Rasanya ramai sudah sedia maklum mengenai isu pergolakan rumahtangga pelakon jelita, Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 26.

Rita sebelum ini dilaporkan telah diceraikan oleh Aidil menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu, bagaimanapun telah menemui jalan penyelesaian apabila kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini.

Artikel Berkaitan :

Menerusi laporan Utusan Online, pihak mahkamah akhirnya telah mengesahkan perceraian talak satu pasangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor.

Foto : Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil

Rita disamping teman-teman dan peguamnya, Dato Zaidi Zain.

Ketika perbicaraan tersebut berlangsung, nampaknya Rita tidak hadir ke mahkamah berseorangan.

Ini kerana, menerusi foto-foto yang dikongsikan, pelakon tersebut dilihat hadir bersama teman-teman rapatnya dan wajah Rita begitu tenang sewaktu kes perbicaraan tersebut selesai.

Foto : Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil

Untuk pengetahuan, Aidil dan Rita pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1 tahun.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan juga beberapa foto Rita sekitar kes perbicaraannya sebentar tadi.

Kredit Foto : Instagram Rita Rudaini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan