Nuffnang

Sabtu, 30 November 2013

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> Tidak Malu Walaupun Badan Gemuk

Posted: 25 Nov 2013 06:01 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda, 28, mengakui tidak berasa malu untuk tampil di khalayak dengan tubuh badan yang berisi.
Izreen berkata, selepas melahirkan anak sulung, Muhammad Adrian Umar pada 13 Julai lalu, berat badannya masih belum mencapai tahap yang ideal.
Bagaimanapun kerana tidak sabar untuk kembali berlakon, dia sanggup muncul di televisyen walaupun belum langsing seperti yang diharapkan.
"Sebelum melahirkan Adrian, berat saya mencapai 80 kilogram (kg), tetapi selepas pantang saya berjaya menurunkan sehingga 66 kg dan masih cuba untuk mencapai ke berat yang ideal iaitu 55 kg.
"Tetapi sudah hampir setahun saya tidak bekerja dan selepas bersalin, rasa teruja pula untuk kembali berlakon sehinggakan saya tidak kisah untuk tampil berisi di khalayak walaupun kebanyakan artis perempuan akan memastikan mereka langsing dahulu sebelum mula kerja," katanya.
Tambah Izreen, dia juga lebih bersemangat untuk memulakan kerja apabila suaminya, Mohammad Riza Baharuddin turut memberikan sokongan dan galakan.
Bagaimanapun Izreen berkata, dia kini tidak lagi memilih watak-watak antagonis yang terlalu ekstrim seperti melibatkan aksi-aksi ranjang atau berpelukan kerana ingin menjaga statusnya sebagai isteri dan ibu.
"Memang awal-awal lagi suami dah pesan, nak berlakon boleh, tetapi janganlah pilih watak yang boleh menjejaskan nama keluarga satu hari nanti.
"Alhamdulillah, pihak penerbit tidak lagi melihat saya hanya boleh membawa watak jahat semata-mata tetapi mereka memberi peluang untuk saya mencuba pelbagai karakter," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Izreen dicalonkan sebagai pelakon Pembantu Terbaik menerusi drama Perempuan Itu Ibu bagi Anugerah Skrin 2013 (ASK2013).

<b>Izreen Azminda</b> Marah Rakan Pelakon Di Instagram? | Portal <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2013 05:00 PM PDT

Izreen Azminda Marah Rakan Pelakon Di Instagram?

Beberapa minggu yang lalu, kehidupan Izreen Azminda dilihat cukup bahagia dan tenang dengan kehadiran bayi sulung yang lahir pada 13 Julai yang lepas.

Namun tiada angin tiada ribut, Izreen Azminda tiba-tiba memuat naik sekeping foto mengandungi kata-kata tidak puas hati terhadap seseorang di Instagram malam semalam.

Izreen Azminda Marah Rakan Pelakon Di Instagram?

Melalui perbualan antara Rita Rudaini dan Izreen di foto tersebut, OHBULAN! difahamkan terdapat beberapa orang rakan selebriti yang memburuk-burukkan nama Izreen dan menabur fitnah terhadapnya.

Apakah yang terjadi sebenarnya? Siapa pula pelakon berlagak alim yang dimaksudkan Izreen? OHBULAN! juga masih berteka-teki tetapi kami berharap apa yang terjadi antara mereka dapat diselesaikan sebaiknya.

Apapun, jom tengok foto-foto comel anak Izreen bernama Muhammad Adrian Umar di bawah. Memang sangat comel seperti ibunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan