Nuffnang

Jumaat, 1 November 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Kompos Single Pertama Kumpulan Tiga | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2013 08:20 PM PDT

Alyah Kompos Single Pertama Kumpulan Tiga

Agak lama juga tidak muncul dengan apa-apa produk baru, Alyah yang popular dengan lagu Kisah Hati telah ditemui semalam ketika majlis pelancaran single terbaru kumpulan Tiga.

Walaupun semakin jarang mengisi ruang-ruang hiburan tempatan, penyanyi ini khabarnya telah mencipta lagu untuk juara pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH 2012). Berjudul Pengakuan, Alyah ketika ditemubual tidak menyangka bahawa lagunya akan diguna pakai oleh orang lain.

"Tak rancang pun nak bagi lagu ini dekat kumpulan Tiga. Lagu ini sudah ada dalam simpanan, sekitar 7-8 tahun lepas.

"Bila jam 3 pagi mereka telefon minta izin nak lagu ini, nampak la usaha mereka. Sampaikan mereka kejar saya dan excited bila dapat lagu ini," jelas Alyah.

Alyah Kompos Single Pertama Kumpulan Tiga

Kumpulan Tiga yang sedang cuba mencipta nama

Bagaimana pun, penyanyi berusia 32 tahun ini mengaku bahawa dia sebenarnya tidaklah berapa mahir mengenai muzik namun hasil gubahan Tiga, dia kagum dengan bakat mereka.

"Jujurnya, saya tak pandai pasal muzik. Saya berkawan dengan produser dari Indonesia, saya belajar kompos lagu.

"Beat lagu ini normal, tapi pada saya bila mereka nyanyi, aura itu dapat dirasa. Tak sangka bila Tiga nyanyi, lagu ini boleh jadi macam ini."

Dalam perkembangan terbaru, Alyah bakal muncul dengan single terbaru berjudul Ada Hati. Selepas berjaya dengan Kisah Hati, Manusia Putih sekali lagi menjadi komposer untuk single terbaru Alyah ini.

Bagi yang masih belum tahu, kumpulan Tiga terdiri daripada 4 orang anak muda iaitu Arween, 28, Alfie, 26, Maya, 21, dan Zack Merican, 20. Bakat kumpulan ini mula bersinar apabila mereka menjuarai Bintang Idola Berita Harian 2012.

Kesemua mereka mempunyai vokal yang unik dan mempunyai bakat muzik tersendiri. Apa pun, mari kita dengarkan teaser lagu Pengakuan selepas ini ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan