Nuffnang

Jumaat, 1 November 2013

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


Rossa & <b>Jamal Abdillah</b> Terima Gelaran Datuk | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2013 07:29 PM PDT

Rossa & Jamal Abdillah Terima Gelaran Datuk

Selepas Rosyam Nor dan Ramli Sarip yang baru-baru ini telah menerima gelaran Datuk, kini penyanyi veteran iaitu Jamal Abdillah, 54, dan penyanyi popular dari seberang, Rossa, 35, turut menerima gelaran yang sama.

Menerusi laporan Media Hiburan, kedua selebriti ini telah dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang yang ke-83.

Ia sekaligus mengiktiraf segala sumbangan Jamal Abdillah terhadap industri hiburan tempatan. Beliau yang mula menceburi bidang nyanyian pada tahun 1973 juga merupakan seorang pelakon dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Azura dan Ghazal Untuk Rabiah.

Manakala Rossa pula mula bergiat dalam bidang nyanyian seawal tahun 1988 dan popular dengan lagu seperti Ayat-Ayat Cinta dan Atas Nama Cinta.

Apa pun, tahniah diucapkan pada Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rossa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan