Nuffnang

Rabu, 6 November 2013

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Saya tak lari pun - <b>Farawahida</b> - Utusan Online

Posted: 27 Oct 2013 05:43 AM PDT

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR

MENGIKUT perancangan, Disember ini bakal menyaksikan penyanyi Farawahida Razali menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan.

Ramai yang tumpang gembira dengan berita tersebut. Namun dalam kegembiraan itu ada juga yang tidak berpuas hati dengan penyanyi lagu Tanpamu itu.

Semuanya gara-gara dia sering melarikan diri daripada media apabila diminta untuk berkongsi cerita kahwin selain merahsiakan identiti kekasihnya yang dikatakan bekerja di sektor kesihatan itu.

Berdiri atas nama prinsip kata Farawahida, dia punya alasan mengapa ada sesetengah perkara harus dirahsiakan terlebih dahulu.

Malah tegas penyanyi yang berasal dari Taiping, Perak ini, dia tidak pernah melarikan diri daripada mana-mana pemberita hanya kerana enggan menjawab soal kahwin.

"Saya tak lari pun. Kebanyakan masa, saya ada berkongsi cerita kahwin. Tak adalah sampai nak larikan diri, tak nak cakap langsung apabila ditanya.

"Tapi ada juga sebahagian daripada hal kahwin itu saya tak cerita. Orang tanya siapa bakal suami, saya tak dedahkan sangat.

"Kena faham kenapa saya buat macam itu. Saya ada banyak hati yang perlu dijaga," katanya.

Menurut wanita berusia 28 tahun ini, dia juga terpaksa berbuat demikian kerana enggan ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba mengaitkan kontroversi lampaunya dengan situasi sekarang.

"Cuba fahami situasi saya yang sedang dalam proses nak bina hidup baru. Bertanya pasal hal kahwin tak pernah jadi isu besar pun, saya okey saja kalau niatnya untuk berkongsi dengan semua.

"Cuma saya tak berapa berkenan bila sebarang kenyataan yang saya berikan tiba-tiba ada pihak yang mahu kaitkan dengan pihak yang sebelum ini (kontroversi dulu).

"Terus-terang saya tak suka. Saya malas nak cerita hal lama, saya pun kena hormat bakal suami saya sebab kami bakal bina hidup bersama," katanya.

Menganggap hal-hal lama tidak perlu lagi dikenang atau disebut-sebut, Farawahida mengaku lebih selesa bercakap hal yang perlu sahaja.

Turut mengaku memahami tugas pengamal media, Farawahida bagaimanapun tahu batas diri untuk tidak menyekat sebarang penulisan yang dikeluarkan.

"Tak pernah pun sebelum ini saya melarang dan cakap jangan tulis apa-apa isu. Kalau kenyataan itu memang saya cakap, tulislah tak apa.

"Tapi kalau boleh, janganlah lagi petik cerita lama sebab saya memang mahu melupakannya. Saya tak mahu ada sebarang gangguan ketika saya dalam proses nak ke fasa baru dalam hidup ini.

"Jadi adalah lebih baik saya begini dan saya harap tidak ada pihak yang terasa. Mohon semua hormati keputusan saya. Insya-Allah, bila tiba hari besar itu nanti, saya akan uar-uarkan pada semua," katanya.

Farawahida sebelum ini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan seorang komposer terkenal sebelum kemudiannya terlibat dalam satu konflik melanggar kontrak syarikat rakaman milik komposer itu.

Meniti hari bahagia

Kurang lebih dua bulan sahaja lagi menanti hari untuk sah bergelar isteri pujaan hati, Farawahida mengaku ada debaran datang bertandang.

Namun dia enggan terlalu memikirkan perkara itu memandangkan dia sudah lama bersedia untuk berkahwin.

"Tapi hakikatnya, kalau orang tanya dah bersediakah nak kahwin, saya sebagai manusia biasa, tak boleh nak ulas sangat.

"Sekarang ini semua memang okey saja," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan bakal suami terhadap kerjaya Farahwahida sebagai penyanyi selepas berkahwin nanti, kata wanita yang turut digelar Kajol Malaysia ini, dia bertuah kerana bakal suaminya itu begitu memahami.

"Kami dah kenal lapan tahun, mustahil kalau dia tak faham kerja saya. Dia memahami. Alhamdulillah.

"Malah sebelum ini pun dia ada beberapa kali menemani saya ke lokasi persembahan," katanya yang memberitahu jejaka pilihan hatinya itu berusia 29 tahun.

Menyentuh mengenai persiapan perkahwinan, kata Farawahida, segalanya berjalan lancar dan akan mengedarkan kad jemputan tidak lama lagi.

"Maaflah saya tak boleh dedahkan tarikh sebenar. Tunggu kad nanti ya!" katanya yang juga bakal muncul dengan single baru selepas Jangan Tanya Aku Lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan