Nuffnang

Rabu, 6 November 2013

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 07:33 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jul 2013 07:09 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2013 07:19 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2013 07:30 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jun 2013 07:14 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2013 07:38 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2013 07:32 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2013 07:43 PM PDT


Arkib Negara X: <b>Kumpulan</b> Elite (1996)

Posted: 29 Mar 2013 08:59 AM PDT

Pada sekitar hujung 1996, syarikat penerbitan KRU Records telah mengeluarkan album artis pertama naungan mereka iaitu kumpulan penyanyi wanita yang diberi nama Elite. Album pertama Elite yang berjudul Catwalk mengandungi lagu-lagu popular seperti G.I.G dan Manisnya Senyuman Mu. Sebagai strategi pemasaran mungkin, album tersebut juga menampilkan Elite berpadu suara bersama kumpulan KRU dalam sebuah lagu yang berjudul Di Pintu Syurga.
Kumpulan Elite yang membawakan lagu-lagu berentak pop & tarian dianggotai oleh 5  orang gadis iaitu Watie, Linda, Sasha, Azza & Abby. Kumpulan Elite pantas menjadi sebutan ramai sejak kemunculan pertama mereka kerana pada ketika itu arena muzik Malaysia sememangnya kekurangan kumpulan penyanyi wanita selepas pudarnya populariti kumpulan muzik rap. Kelima-lima anggota kumpulan Elite kemudiannya telah melalui pelbagai kontroversi bermula dengan kes penyingkiran Abby selepas keluarnya album kedua mereka, Tamparan pada 1998.

Nota tambahan:
  • Album pertama kumpulan Elite keluar pada sekitar waktu yang sama dengan album pertama kumpulan penyanyi wanita antarabangsa, Spice Girls, yang juga dikeluarkan pada sekitar hujung 1996.
  • Kumpulan Elite pernah mengeluarkan VCD yang mengandungi rakaman temubual berserta koleksi klip video lagu-lagu mereka pada 1998 (akan cuba diarkibkan dalam entri akan datang, begitu juga dengan kisah-kisah kontroversi dan panas mereka yang pernah menggegarkan arena hiburan Malaysia, akan cuba diarkibkan walaupun bukan dalam masa terdekat)
  • Artis kedua selepas Elite yang bernaung di bawah syarikat penerbitan KRU Records ialah kumpulan penyanyi lelaki, Indigo pada 1997.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2013 07:11 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Nov 2012 07:26 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Oct 2012 07:35 PM PDT


Jac Bakal Duet Dengan Grup Popular Dari Philadelphia, USA, Az Yet?

Posted: 30 Oct 2012 09:58 PM PDT

..

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor atau Jac kini khabarnya sedang sibuk dengan rakaman album terbaru beliau.

Bertemu beliau baru-baru ini, Jac memberitahu setakat ini sudah lima lagu yang telah siap dirakam. Hanya tinggal satu lagu saja yang akan dirakam, tidak lama lagi. Jadi keseluruhannya, enam lagu untuk buah tangannya kepada peminat, kali ini. Kalau tidak ada aral melintang pukang, album Jac akan berada di pasaran pada Disember ini atau awal Januari tahun depan.

Apa yang menarik, dengar-dengarnya lagu yang satu itu adalah sebuah lagu Inggeris.

Dan yang lebih istimewa, menurut sumber, lagu Inggeris itu nanti akan mengabadikan kolaborasi Jac bersama kumpulan R&B popular dari Philadelphia, Amerika Syarikat, Az Yet.

Ingat lagi dengan kumpulan ini? Err, anda kurang pasti siapa mereka? Atau... okay, ini respon 'nakal' dari seorang teman kami bila ditanyakan kepadanya tentang kumpulan ini. Kata teman kami, "kenal! Tapi hidup lagi ker kumpulan tu?

Berdasar satu laman info di internet, kumpulan ini masih lagi aktif! Sikit mengenai mereka-Az Yet, terdiri daripada lima anngota. Mula dikenali sejak era lewat 90-an dan mereka cukup popular dengan lagu Last Night juga sebuah lagu cover, Hard To Say I'm Sorry.

Berbalik kepada cerita Jac, ketika MD bertanyakan padanya sejauh mana kebenaran khabar tersebut, Jac berkata, setakat ini dia tidak boleh memberi apa-apa jawapan kerana dia sendiri belum dimaklumkan apa-apa oleh syarikat rakamannya, Kru Music.

Tapi apa yang mengukuhkan lagi spekualsi ini adalah, MD juga mendapat tahu yang semalam, Pengarah Urusan KRU iaitu Norman Abdul Halim telah berangkat ke Los Angeles (LA), untuk berjumpa dan berbincang dengan kumpulan itu. 

Menerusi akaun rasmi Twitter Norman, beliau ada menulis yang beliau akan ke LA untuk berjumpa dengan kumpulan Az Yet. Mungkin juga ada kaitan dengan projek lagu Jac itu. Boleh jadi.

..

..

Pun begitu, tidak di dedahkan pula apakah judul lagu tersebut. Tapi yang pasti, satu lagi desas-desus yang MD dengar, lagu itu akan dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) filem terbaru terbitan Kru Studios, Rebbit. Merupakan sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia. Wah!

Apapun, kita tunggu sajalah perkhabaran daripada bos besar KRU itu nanti. Semoga Norman akan membawa pulang satu berita baik untuk Jac, peminat Jac dan kita semua!

-mD

Jaclyn Victor Bakal Berduet Dengan Kumpulan Popular Dari Philadelphia, USA, Az Yet?

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor atau Jac kini khabarnya sedang sibuk dengan

rakaman album terbaru beliau.

Bertemu beliau baru-baru ini, Jac memberitahu setakat ini sudah lima lagu yang telah

siap dirakam. Hanya tinggal satu lagu saja yang akan dirakam, tidak lama lagi. Jadi

keseluruhannya, enam lagu untuk buah tangannya kepada peminat, kali ini. Kalau tidak ada aral melintang pukang, album Jac akan berada di pasaran pada Disember ini atau awal Januari tahun depan.

Apa yang menarik, dengar-dengarnya lagu yang satu itu adalah sebuah lagu Inggeris.

Dan yang lebih istimewa, menurut sumber, lagu Inggeris itu nanti akan

mengabadikan kolaborasi Jac bersama kumpulan R&B popular dari Philadelphia, Amerika

Syarikat, Az Yet.

Ingat lagi dengan kumpulan ini? Err, anda kurang pasti siapa mereka? Atau... okay, ini

respon 'nakal' dari seorang teman kami bila ditanyakan kepadanya tentang kumpulan ini.

Kata teman kami, "kenal! Tapi hidup lagi ker kumpulan tu?

Berdasar satu laman info di internet, kumpulan ini masih lagi aktif. Sikit mengenai mereka-Az Yet, terdiri daripada lima anngota. Mula dikenali sejak era lewat 90-an dan mereka cukup popular dengan lagu Last Night juga sebuah lagu cover, Hard To Say I'm Sorry.

Namun ketika MD bertanyakan pada Jac sejauh mana kebenaran khabar tersebut, Jac berkata,

setakat ini dia tidak boleh memberi apa-apa jawapan kerana dia sendiri belum dimaklumkan

apa-apa oleh syarikat rakamannya, Kru Music.

Tapi apa yang mengukuhkan lagi spekualsi ni adalah, MD juga mendapat tahu yang Pengarah

Urusan KRU iaitu Norman Abdul Halim telah berangkat ke Los Angeles (LA), semalam untuk

berjumpa dan berbincang dengan kumpulan itu.

Menerusi akaun rasmi Twitter Norman, beliau ada menulis yang beliau akan ke LA untuk

berjumpa dengan kumpulan Az Yet. Mungkin juga ada kaitan dengan projek lagu Jac itu. Boleh jadi.

Pun begitu, tidak di dedahkan pula apakah judul lagu tersebut. Tapi yang pasti, satu lagi desas-desus yang MD dengar, lagu itu akan dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) filem terbaru terbitan Kru Studios, 'Rebbit'. Merupakan sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia. Wah!

Apapun, kita tunggu sajalah perkhabaran daripada bos besar KRU itu nanti. Semoga Norman akan membawa pulang satu berita baik untuk Jac, peminat Jac dan kita semua!

-mD

Ultimate! Shout Award Milik <b>KRU</b>

Posted: 23 Nov 2012 05:39 PM PST

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 24 NOV 2012: Gelaran tertinggi di Anugerah Shout! Awards 2012, iaitu The Ultimate Shout Award menjadi milik kumpulan KRU dalam acara yang berlangsung gilang gemilang di Surf Beach, Sunway Lagoon sebentar tadi.

Anugerah tersebut diberikan kepada KRU sebagai penghargaan di atas 20 tahun sumbangan mereka dalam bidang muzik. KRU yang dianggotai trio adik beradik iaitu Norman, Yusry dan Edry mula menceburi bidang seni sejak tahun 1992 dan selepas 20 tahun, mereka kini mempunyai empayar mereka sendiri yang merangkumi pelbagai cabang bidang seni seperti muzik, filem dan rancangan TV.

Anugerah yang menjadi tumpuan ramai, Hot Guy Award menjadi milik Bintang Paling Popular, Aaron Aziz manakala bagi kategori Hot Chick Award, ianya menjadi milik aktres comel Nora Danish.

MInggu ini sekali lagi menjadi malam bertuah buat Shila Amzah apabila dia dipilih sebagai pemenang Power Vocal Award.

Pelawak Zizan Razak pula terus membuktikan keunggulannya di Shout! Award apabila dia diiktiraf sebagai Favourite TV Personality manakala gandingannya dengan Johan dipilih sebagai Best On Screen Chemistry.

Yuna juga membuktikan namanya masih lagi kukuh di persada seni apabila membawa pulang 2 anugerah iaitu Wired Celebrity dan Popstar Award. Tidak ketinggalan Mizz Nina dengan muzik videonya With You yang gah memenangi kategory Music Video Award.

Filem Songlap lakonan Shaheizy Sam, Sara Ali dan Syafie Naswip pula berjaya meraih gelaran Breakthrough Local Feature Award menewaskan filem hebat lain seperti Ombak Rindu dan Hikayat Merong Mahawangsa.

Shout! Awards 2012 turut bersiaran secara langsung di 8TV dan menampilkan persembahan khas dari dua kumpulan K-Pop iaitu Nu'est dan Vixx. Acara ini dihoskan oleh Hannah Tan, Razif Hashim dan Henry Golding.

Klik di sini untuk senarai penuh pemenang Shout! Awards

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2013 07:38 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2013 07:32 PM PST


What do you want most in life?: Abang <b>Norman KRU</b> Ku Sayang

Posted: 17 Jun 2009 11:11 PM PDT

Ketika usiaku 17 tahun, sejurus selepas SPM, penangan 4U2C dan KRU begitu hebat. Di zaman tersebut, kawanku Emilda begitu meminati si Yusry KRU. Sebab dia minat sangat kat Yusry, aku mengambil keputusan untuk menanam minatku pada Norman si abang. Walaupun dia tak tinggi, dia ada iras2 mat salleh, berbanding adik-adiknya yang lain. Tiada sebab lain. Selain Norman, aku jugak minat pada si AC Mizal dari kumpulan 4U2C tu. Ada sekali tu, aku siap hantar kad raya pada dia dan aku begitu berbangga sebab kad tersebut berbalas dengan kad raya dari kumpulan 4U2C lengkap dengan tandatangan AC sendiri. KRU pun sama, siap ada tandatangan dari Norman, Yusry dan Edry. Bila dapat balasan kad raya dari mereka ni, aku merasa sungguh berbangga sambil menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan yang lain. Wah, bangga sekali. Tak dapat aku gambarkan betapa gembiranya dan bangganya aku bila melihat riak wajah rakan-rakan yang begitu cemburu kerana aku telah mendapat sesuatu yang tidak ternilai harganya.

Selain kad raya, aku dan Emilda telah menyaksikan persembahan KRU di Plaza Kotaraya ketika mereka membuat promosi album pertama mereka. Tajuk dia aku pun dah tak ingat. Awas tu album kedua. Ketika itulah minat kami pada KRU berada di puncaknya. Ku lihat Norman dan adik-adiknya begitu bersungguh-sungguh membuat promosi. Selain menyanyi, mereka boleh bermain alat muzik dan menari dengan begitu baik sekali. Banyak juga gambar2 mereka telah ku ambil. Masih ada dalam simpanan ku hingga kini. Di waktu itu aku telah dapat merasakan yang mereka akan pergi jauh dalam industri muzik tanah air kita.

Kisah meminati KRU berterusan ketika aku membuat program persediaan Bahasa Inggeris di PPP, Subang Jaya. Aku masih ingat aku ada satu file, aku sampul bahagian belakang fail dengan poster KRU. Aku ingat sangat sebab aku ada satu gambar dengan rakan sekelas – Nik, Zaidah, Suza, Unai – di mana aku dengan bangganya telah memegang sambil menala gambar poster belakang file tu. Sambil tu ada gaya tangan ala-ala rappers. Memang kelakarlah. Tapi di masa tu aku tidak nampak ada bebudak lain buat perkara yang sama. Cuma aku ada rakan satu dorm yang pegi ke disko dan berjumpa dengan Joe and Azam dari kumpulan 4U2C. Itu aku tidak cemburu, kerana padaku kumpulan KRU adalah lebih hebat. Setakat 7 orang budak hingusan berkumpul dan menyanyi dalam kumpulan, suara pun bukan semuanya sedap, skill menari gitu-gitu je, hensem pun tak semua kan? Sehingga kini ku rasakan keputusanku meminati KRU berbanding 4U2C adalah keputusan yang bijak.

Minatku pada KRU bukan rahsia lagi pada rakan sekelas. Aku masih ingat kata-kata Nor Azrizal, rakan sekelas ketika di Subang, "Lin, tak payah lah susah-susah minat kat KRU ni. Diorang ni semua gay. Aku ada pegi gay club, jumpa diorang ni semua". Tapi nasihat Arey tidak sedikit pun mematahkan minatku untuk kumpulan adik-beradik ni. Itu hal mereka lah. Yang penting minat aku pada mereka seolah-olah memberi satu kepuasan pada jiwa seorang remaja sepertiku. Aku membeli semua album mereka (kaset dan CD) dan sentiasa mengikuti perkembangan mereka.

Ketika di US, aku berhubung semula dengan bekas brief boyfren, Azam (ni bukan Azam 4U2C tu, ini Azam rakan sekelas aku terjumpa semasa belajar Bahasa Inggeris di British Council JB waktu menuggu keputusan SPM keluar). Bila Azam tanya ada apa-apa nak kirim dari Malaysia, terus aku nyatakan, "Tolong poskan CD KRU latest boleh?". Azam yang baik hati telah menghantar 2 CD KRU. Satu yang compilation dan satu yang album terbaru. Terima kasih Azam! Sayangnya kisah cinta aku dan Azam tak menjadi sebab Azam tak barapa tinggi (boleh gitu?) dan aku rasa kami ini sangat tidak sesuai (walaupun Azam dah tujukan lagu Back for Good masa kali kedua kami berhubung selepas terputus sebaik aku masuk PPP). Mesti dia kecewa, maafkan aku Azam! Selepas aku balik Malaysia dan bekerja selama beberapa tahun, dia ada menghubungi aku dan menghantar kad jemputan kahwin. Jadi aku rasa dia sudah boleh move on with his life, just as mine.

Di zaman aku mula-mula kerja, aku masih lagi mengikuti perkembangan KRU. Kisah mereka – antaranya berkenaan Yusry kahwin, gossip Norman dengan Ning/Amy Mastura/Nor Azlina Redzuan/Asfarina, gambar lucah Edry dan Linda – semuanya aku ambil pusing. Tapi lama-kelamaan, minat itu lenyap ditelan zaman. Alam dewasa dan alam kerjaya memerlukan aku menumpukan perhatian pada perkara yang jauh lebih serius, berita hiburan adalah sangat tidak penting bagiku lagi.

Namun begitu, kadang-kadang bila aku terbaca kisah KRU dan perniagaan mereka yang semakin maju, aku tumpang berasa bangga. Inilah satu-satunya kumpulan muzik Malaysia yang mempunyai wawasan. Yusry dan Edry aku rasa patut merasa bangga kerana mempunyai seorang abang yang berpandangan jauh, komited dan berusaha keras untuk merealisasikan impian keluarga, bukan setakat untuk dirinya sendiri. Aku rasa tanpa Norman, dah lama kumpulan mereka berkubur. Kenapa kumpulan lain berpecah tapi KRU maintain, sebab mereka adik-beradik yang berkongsi satu matlamat dan mereka mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma seperti Norman.

Cerita ini timbul sebab aku dapat email in facebook dari rakan baikku di PPP si Nur Hayati. Yatie yang baru berhijrah ke MCMC (Multimedia Commission ??) telah ternampak Norman dan Ferrari merahnya di hadapan bangunan MCMC minggu lepas. Yatie begitu teruja kerana dia asyik terfikir kalaulah Dalin yang nampak Norman, mesti Dalin akan melompat gembira. Norman ke sana kerana membincangkan bisnesnya untuk membuka satu studio ala-ala Universal Studio Hollywood di Cyberjaya bersama dengan bos besar MCMC. Yatie telah menjerit gembira secara tidak terkawal semasa memandang Norman sehingga rakan-rakan sepejabat yang keluar makan tengahari bersamanya merasa begitu terkejut. Norman, bos MCMC dan beberapa rakan Norman juga terkejut dan memandang ke arah Yatie kerana Yatie telah menjerit kuat. Yatie merasa malu dengan insiden tersebut. Rakan-rakannya mula menyindir, "Eh, Yatie sejak bila you minat Norman?". Kesian Yatie.

Yatie juga terkejut dengan insiden tersebut. Ia seperti tindakan reflex luar kawalan. Dalam kepalanya asyik teringatkan aku. Aku rasa cerita Yatie ni begitu kelakar. Dalam apa-apa hal, Yatie masih anak dara dan Norman pun masih belum jumpa wanita yang sesuai. So, tunggu apa lagik Yatie?

Keputusan aku meminati Norman di waktu remaja tidak salah bagiku. Sehingga kini telah banyak aku pelajari dari perjalanan hidup dia. Bila seseorang mempunyai wawasan yang jelas, begitu komited dan berusaha keras untuk mencapai matlamat yang ada, soal lain harus diketepikan. Aku rasa ini adalah sebab utama kenapa Norman masih solo. Dia ada berkata yang setakat ini dia masih belum jumpa seorang wanita yang memahami jiwanya dan masa terhad yang dia miliki. Kalau teman lelaki tak call seminggu, mana-mana teman wanita pun akan merajuk. Tapi Norman tiada masa nak pujuk. Oleh kerana itu, jadilah Norman lelaki Melayu terakhir, selepas Dr. Nazrin Shah berkahwin dengan Puteri Zara.

Abang Norman – the most wanted bachelor up for grab for lady with the most enduring and tender hearts. Go for it, Yatie! Aku dah tak jeles dah. File aku yang ada gambar poster tu pun dah lama hilang. Ferrari beb…..

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Aug 2013 07:12 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jul 2013 07:32 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 07:28 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2013 07:33 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Feb 2013 07:18 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2012 07:12 PM PST


Warung Muzik - <b>KRU</b> cari peluang bisnes di Eropah

Posted: 26 May 2008 01:41 AM PDT

Ladylike kumpulan pertama KRU lebar sayap ke peringkat global

LANGKAH KRU untuk mengembangkan perniagaannya nampaknya tidak terhenti setakat di peringkat Asia semata-semata.

Selepas melancarkan KRU Studios di Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Hong Kong, empayar perniagaan yang diasaskan oleh trio adik beradik, Norman, Yusry dan Edry ini terus mengorak langkah dengan menembusi pasaran Eropah menerusi syarikat KRU Europe Ltd yang ditubuhkan pada 7 April 2008 di London, England.

Berfungsi sebagai ibu pejabat operasi KRU di Eropah, KRU Europe Ltd juga turut menguruskan hal ehwal pemasaran filem dan muzik khususnya produk dalam bahasa Inggeris. Di negara ini, syarikat KRU diketuai oleh Robert Bromley - seorang yang pernah berkhidmat di sebuah agensi berita, Reuters dan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi, Nortel di benua Eropah.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios Sdn Bhd, Norman Abdul Halim berharap perlantikan Robert itu mampu merealisasikan impian mereka untuk terus bertapak di negara ini.

"Pengalaman dan rangkaian perniagaan Robert sememangnya akan banyak membantu operasi KRU di benua berkenaan.

"Sebagai langkah pertama KRU Europe, pihak kami sudah pun mengadakan sesi uji bakat di seluruh negara berkenaan seperti Sweden, Norway, Denmark, Finland dan Iceland sejak Jun tahun lalu untuk mendapatkan anggota kumpulan gadis pertama di bawah KRU," kata Norman dalam satu kenyataannya kepada Hip.

Ternyata, sesi uji bakat itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 600 peserta hadir untuk menyertai acara yang diadakan di Cosmos Studios itu. Cosmos Studio adalah sebuah studio di Stockholm yang pernah digunakan artis terkenal antarabangsa seperti ABBA dan juga Roxette.

Selepas melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya empat orang peserta berjaya di pilih untuk disatukan menjadi sebuah kumpulan gadis pertama KRU Europe. Mereka yang dianggotai Miranda Hortland, Valerie Wigardt, Louise Tomassino dan Isabel Billing menggelarkan diri mereka sebagai Ladylike.

Berkonsepkan pop rock, Ladylike dijadualkan akan turun ke ibu negara bagi memulakan rakaman album pertama mereka yang diterbitkan Edry pada Jun ini. Kesemua lagu sudah pun dikumpulkan dan hanya menunggu kehadiran anggota kumpulan ini untuk sesi rakaman vokal.

Di peringkat awal, album ini hanya akan diedarkan di peringkat Asia dan Eropah. Sekiranya mencapai kejayaan yang diharapkan, KRU tidak teragak-agak untuk mencuba memasarkannya di Amerika Syarikat.

KRU berharap dengan langkah pertama ini, bukan saja dapat membantu KRU mengeksport produk terbitan Malaysia dan mencapai kejayaan malah ia juga sekali gus mengharumkan nama negara di persada seni antarabangsa.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jul 2013 07:23 PM PDT


Arkib Negara X: Isu gay dalam lagu <b>kumpulan</b> Elite (1998)

Posted: 22 Jun 2013 08:59 AM PDT

Dalam bulan Mac 1998, kumpulan Elite telah mengeluarkan album kedua mereka yang berjudul Tamparan. Terdapat beberapa lagu popular dalam album tersebut, antaranya ialah Tamparan Wanita, Sesuatu Di Dalam Dirimu & Trauma. Kumpulan KRU sebagai pencipta lagu-lagu kumpulan Elite turut menghasilkan sebuah lagu yang menyentuh isu gay.
Lagu yang diberi judul Dirinya Dirimu Diriku itu berkisarkan tentang konflik percintaan seorang wanita apabila dia mendapat tahu rahsia bahawa teman lelakinya turut mempunyai hubungan percintaan dengan seorang lelaki lain. Senikata lagu itu menyarankan bahawa teman lelaki si wanita itu sekadar berpura-pura mencintai si wanita demi untuk mengaburi mata orang ramai daripada mengetahui bahawa dia sebenarnya adalah gay. Baris akhir senikata itu menyimpulkan bahawa motif penipuan si lelaki itu ialah kerana untuk menjaga statusnya yang berkemungkinan merupakan seorang yang ternama.

DIRINYA DIRIMU DIRIKU
(pencipta lagu & penulis senikata: KRU - Norman, Yusry & Edry)

Desas desus ku diberitahu
Apa berlaku di belakangku
Memang percaya memangnya benar
Tiada angin pohon tak bergoyang

Kini terjadi tidak dinafi
Mata sendiri menjadi saksi
Jangan kau tentang yang jelas terang
Cinta kau songsang hina dan curang

Dirinya dirimu diriku
Katakan padaku betapa malu
Dirinya dirimu diriku
Katakan saja rahsia dirimu
(Katakan saja rahsia hidupmu)

Apakah kau sangka ku boneka
Diam memejam mata
Maaf salah masa salah wanita untuk kau dusta
Kau bukan lelaki sebenar

Cukuplah sudah segala helah
Aku perintah berpaling arah
Tidak ku mahu lagi bertemu
Diriku malu apa berlaku

Cuba sedarlah cinta kau dosa
Dan sampai bila tidak ke mana
Guna wanita untuk mengabur mata
Berpura-pura status dijaga

Nota tambahan:

  • Suatu kebetulan yang menarik ialah, apabila album kumpulan Elite, Tamparan, dikeluarkan dalam bulan Mac 1998, pada bulan itu jugalah keluarnya album To'ki yang mengandungi lagu Joget Menyanyi yang senikatanya juga turut menyentuh isu gay.
  • Lebih kurang sebulan selepas keluarnya album Tamparan, kumpulan Elite telah dilanda masalah apabila salah seorang anggotanya, Abby Elite, telah digantung keahlian kerana "masalah disiplin" (menurut kenyataan pihak pengurusan kumpulan Elite). Setelah digantung keahlian sehingga Jun 1998, Abby Elite & pihak pengurusan kumpulan Elite masih tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut sehingga menyebabkan Abby Elite terpaksa disingkirkan. Abby yang tidak lagi dibenarkan menggunakan nama gelaran Elite selepas itu telah menukarkan namanya kepada Abby Abadi.
  • Setahun selepas keluarnya album Tamparan, kumpulan Elite dilanda kontroversi apabila gambar lucah Linda Elite (yang dikatakan palsu) telah tersebar dalam internet pada Mac 1999, manakala pada lewat tahun yang sama Watie Elite telah mengaku bersalah di mahkamah atas dakwaan memandu kereta dalam keadaan mabuk. Sebagai hukuman tambahan, lagu-lagu kumpulan Elite kemudiannya telah diharamkan siarannya oleh stesen penyiaran RTM (rujuk entri-entri akan datang).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan