Nuffnang

Rabu, 6 November 2013

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


Datuk <b>Jamal Abdillah</b> Bakal Merisik Nas Adila? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2013 07:12 PM PST

Datuk Jamal Abdillah Bakal Merisik Nas Adila?

Pasti ramai yang terkejut apabila mendapat tahu Raja Pop terkenal, Datuk Jamal Abdillah bakal merisik Nas Adila sebagai permaisuri hidupnya bukan?

Maklum sahaja, sebelum ini Jamal jarang dikaitkan bercinta dengan mana-mana artis wanita sehinggalah laporan Harian Metro hari ini melaporkan bahawa beliau dipercayai bakal melamar Nas dalam satu majlis tertutup.

Menurut laporan yang sama, Jamal dikatakan terpikat dengan Nas apabila terpesona dengan kelembutan yang dimiliki oleh penyanyi wanita itu, manakala Nas pula dikatakan terpaut dengan Jamal kerana melihat penyanyi tersebut sebagai seorang lelaki yang matang dan sesuai untuk dijadikan suami.

Untuk makluman, sebelum ini Nas Adila pernah bercinta dengan Alif AF6. Bagaimanapun hubungan cinta mereka terkandas di tengah jalan apabila penyanyi wanita tersebut mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Apa pun, jika benar Datuk Jamal ingin melamar Nas Adila sebagai teman hidupnya, diharapkan semoga hubungan mereka akan bahagia dan kekal hingga ke akhirnya.

Tiada ulasan:

Catat Komen