"Sejak saya berhijab enam bulan lalu tawaran berlakon yang diterima masih banyak dan pihak produksi sedia bertolak-ansur tentang imej terbaharu saya dan akan mengubah suai watak diberikan bersesuaian dengan diri saya."Malah saya tidak lihat ada apa-apa diskriminasi terhadap pelakon bertudung dan ini adalah perkara yang sangat positif,
"Tiada istilah untuk buka tudung berlakon kerana jika sudah pakai tidak akan buka balik. Rambut saya tidak akan dilihat oleh sesiapa dalam mana-mana drama.
"Jika ada yang menonton drama saya tidak bertudung itu bererti ia adalah projek sebelum saya berhijab dan rasanya masih ada beberapa drama lakonan saya yang masih belum ditayangkan,
"Jika ia bersesuaian saya akan ambil kerana peranan untuk wanita bertudung agak terhad namun Alhamdulillah rezeki masih ada," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan