Adam af - Google Blog Search |
<b>Adam AF</b> Nafi Rumah Tangganya Dengan Fiza Elite Goyah | Posted: 27 Oct 2013 09:00 PM PDT Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh, marah-marah manja dan perselisihan faham adalah adat rumah tangga. Namun apabila didakwa rumah tangganya dengan Fiza Elite seolah-olah dilanda perang dunia ketiga, Adam AF tampil menerusi Kosmo hari ini untuk menafikan dakwaan tidak masuk akal itu. Kononnya pergaduhan yang membabitkan maki hamun itu timbul apabila Fiza Elite dilihat berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak. Menurut Zubir Berita Harian, sebaik sahaja pulang ke rumah, Adam AF yang cemburu dengan apa yang terjadi telah dikatakan telah mempertikaikan kisah silam isterinya. Adam dan Fiza turut dikatakan bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya. Menerangkan perkara tersebut, Adam AF tidak menafikan dia dan isteri melakukan sedikit perbincangan selepas Fiza bertemu bekas kekasihnya. Kata Adam:-
Kemungkinan besar kontroversi ini terjadi apabila Fiza Elite berkongsi sekeping gambar menerusi Instagramnya dengan caption "Don't judge me with my past" yang telah menimbulkan tanda tanya orang ramai. Diharap dengan penjelasan Adam ini, peminat pasangan ini boleh menarik nafas lega. Biasalah gaduh-gaduh manja. Jangan gaduh-gaduh besar sudahlah. Tak gitu? Hehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Adam af - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan