Nuffnang

Selasa, 17 Disember 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Akui Ketiadaan Fizz Fairuz Beri Kesan - Gua.com.my

Posted: 10 Dec 2013 01:05 AM PST

Memenangi tempat kedua untuk musim pertama program Liga Lawak Superstar, kumpulan Apa Kasih Toq yang diwakili oleh Didie Alias mengakui ketiadaan Fizz Fairuz memberi kesan kepada prestasi kumpulan tersebut memandangkan dia dan Kamal Adli sudah serasi dengan pelakon kontroversi itu.

"Fizz bersama dengan kami untuk tempoh tiga minggu dan tidak dinafikan ketiadaan Fizz turut memberi kesan kepada kumpulan kerana boleh dikatakan kami sudah serasi bersama. Pada awal kemunculan, kami telah bahagikan tugas yang mana Fizz,Kamal dan saya tahu peranan masing-masing. Jadi apabila Syafiq menggantikan Fizz,peranan tersebut terpaksa diubah bagi menepati kebolehan masing-masing," ujar Didie ketika ditemui di sidang media Liga Lawak Superstar di FINAS, di sini, Ahad malam.

Mengakui tertekan ketika ditawarkan untuk menyertai kumpulan Apa Kasih Toq, Syafiq berkata yang dia tahu bukan mudah untuk mengantikan tempat Fizz. Namun Syafiq berterima kasih kepada Didie dan Kamal yang banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya.

"Didie dan Kamal banyak memberikan sokongan dan tunjuk ajar kepada saya. Malah Fizz juga turut memberikan 'input' dan idea kepada saya untuk digunakan ke peringkat akhir ini," ujar Syafiq yang ditemui usai peringkat akhir Liga Lawak Superstar pada Ahad.

Tiada ulasan:

Catat Komen