Nuffnang

Selasa, 17 Disember 2013

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Foto : Majlis Resepsi <b>Farawahida</b> & Shukur | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 10:18 PM PST

Foto : Majlis Resepsi Farawahida & Shukur

Malam tadi (16 Disember), pasangan yang dinikahkan pada pagi semalam, Farawahida Razali dan Abdul Shukur Mohd Zain telah selamat melangsungkan sebuah majlis resepsi yang bertempat di Dewan Perbandaran Taiping, Perak.

Majlis resepsi yang berlangsung sebelah malam itu telah diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti Ifa Raziah, Fazli Zainal, Ayu Damit, Salma dan tidak lupa juga ahli keluarga serta rakan-rakannya.

Foto : Majlis Resepsi Farawahida & Shukur

Hitam dan putih rona warna pilihan pasangan ini

Menerusi Media Hiburan, Farawahida dilihat telah memilih gaun kembang berurai serba putih untuk diperagakan di majlis tersebut manakala suaminya pula tampak kemas dengan kot hitam.

Untuk persalinan kedua pula, Farawahida telah memilih warna merah jambu sebagai busana pengantin untuk majlis resepsinya, dimana busana pengantin yang berperincian mewah itu sedikit sebanyak telah menyerlahkan kejelitaannya.

Apapun, mari tengok video cetusan cinta suaminya, Shukur terhadap Farawahida selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen