Nuffnang

Isnin, 27 Januari 2014

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


Soseh Soseh: Tertarik suara <b>Arja Lee</b> | Berita Malaysia

Posted: 18 Jan 2014 11:01 AM PST

Malam Khamis lalu, rakan SS dan beberapa wakil media hadir pada previu teater Jam Dinding Yang Berdetak yang menjadi pembuka tirai teater Istana Budaya (IB) pada tahun ini. Teater terbitan Revolution Stage ini berskala kecil dan dipentaskan di Lambang Sari.

Rakan tadi nyata memuji cerita ini kerana menurutnya, walaupun berbeza daripada persembahan lain yang berkonsep muzikal, teater lakonan Nadiya Nisaa, Amerul Affendi dan beberapa pelakon lagi ini tetap memikat penonton yang hadir.

Malah, ada yang menitik air mata kerana terkesan dengan lakonan pelakonnya kerana Jam Dinding Yang Berdetak mempunyai kekuatan tersendiri yang mengetengahkan tema kekeluargaan serta ketabahan jiwa wanita. Sudah tentulah penonton wanita yang hadir dapat merasai kesedihan yang ditampilkan di dalamnya.

Dalam pada itu, teater ini diselitkan dengan nyanyian iringan yang menghiasi babak awal dan pertengahan cerita ini. Ramai yang tertarik dengan suara penyanyinya yang lunak dan ala-ala 'macho', namun tidak dapat mengesan siapa gerangan si penyanyinya.


Kawan SS tadi yang sudah 'tangkap syok' dengan suara itu masih tidak puas hati kerana ingin tahu siapakah penyanyinya.


Akhirnya barulah dia mendapat tahu itu suara Arja Lee yang sekarang semakin popular berlakon di kaca TV.

Rupanya masih ramai yang terlupa selain berbakat sebagai pelakon, Arja juga boleh menyanyi dengan baik. Bahkan kalau dilihat pada latar belakang awalnya, dia pernah menganggotai kumpulan Equal Star ketika menyertai program realiti nyanyian Gang Starz terbitan TV3 pada 2007.

Antara rakannya dalam kumpulan Equal Star iaitu Riz dan Aesar sudah berjaya menghasilkan lagu sendiri dan sekarang tiba giliran Arja pula mencipta nama dalam bidang nyanyian yang sangat diminatinya.

SS difahamkan Arja kini baru merakamkan suara untuk album pertamanya yang sudah hampir siap sepenuhnya. Sumber itu turut memberitahu mungkin pelancarannya nanti akan dibuat di tempat berprestij, mana lagi kalau bukan IB.

SS memang kenal Arja seorang yang gigih mencari peluang dan mencipta nama dalam bidang yang diminatinya ini dan yakin 2014 akan memberi sinar dalam kariernya. Paling penting dia tidak mudah lupa diri dan sering menegur rakan media apabila berjumpa di mana-mana.

Apapun SS mendoakan Arja berjaya dalam kariernya dan paling penting sentiasa amalkan sikap merendah diri. Jangan nanti macam seorang artis itu, apabila sudah popular, berlaga bahu dengan orang media pun dia buat-buat tidak kenal.

SS: Menyayangi ibu mentua seperti ibu kandung sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18

BERITA ARTIS - <b>Arja Lee</b> Berubah Jahat - Gua.com.my

Posted: 19 Dec 2013 08:00 AM PST

Aktor drama bersiri 'Misiku Kuza', Arja Lee seringkali membawakan watak-watak baik dan romantik dalam drama lakonannya. Bagaimanapun, untuk drama 'Ariana Rose', Arja diberi peluang menjayakan watak antagonis buat kali pertama.

"Saya kini sedang menjalani penggambaran bagi drama bersiri yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3 berjudul 'Ariana Rose'. Menerusi drama 28 episod ini, saya memegang watak sebagai Ramzul. Drama arahan Raja Ahmad Alaudin ini menggandingkan saya dengan Nur Fathia, Keith Foo, Nabila Huda, Hisyam Hamid dan ramai lagi," ujar Arja memulakan bicara.

"Untuk pertama kalinya, saya memegang peranan antagonis. Ramzul merupakan seorang ahli korporat yang hartawan. Wataknya boleh saya klasifikasikan sebagai orang jahat eksklusif. Luaran Ramzul, dia merupakan seorang yang kaya dan baik tetapi dalamannya, Ramzul seorang yang misteri, kaki perempuan dan mempunyai agenda yang tersendiri," tutur Arja ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Cinderella Bersama Pembaca GUA di GSC Mid Valley pada Isnin.

Drama bersiri 'Ariana Rose' ini merupakan drama adaptasi daripada novel berjudul 'The Wedding Breaker' hasil nukilan Evelyn Rose. Namun begitu, Arja mengakui yang dirinya tidak membaca novel ini sebagai rujukan.

"Saya akui saya tidak membaca novel tersebut. Saya perlu mencorakkan sendiri watak Ramzul kerana dalam drama ini, watak yang saya pegang dikembangkan dengan secara dramatik. Jadi saya mencabar diri sendiri dengan mencuba memainkan sendiri watak ini tanpa rujukan novel. 70% jalan cerita drama ini mengikut novel dan selebihnya cerita ini dicorakkan agar sesuai untuk menjadi tontonan televisyen. Saya telah memberikan yang terbaik dan saya harap penonton boleh menerima apa yang saya bawakan," jelas Arja lagi.

Mengulas mengenai hubungannya bersama dengan aktres filem 'Highland Tower', Shima Anuar, Arja menjelaskan yang hubungan mereka kini sedang berjalan seperti biasa.

"Shima baik-baik sahaja. Dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 'Suamiku Jururawat'. Untuk cakap kami sedang bercinta, belum lagi sampai ke tahap itu. Mungkin sekarang saya dan Shima sedang dalam fasa 'teman tapi mesra'. Saya masih lagi mengenali hati budinya. Dia seorang gadis yang baik," ulas pelakon filem '….. Dalam Botol' ini.

Dalam pada itu, Arja kini sedang giat menjalani penggambaran bagi drama bersiri berjudul 'Tarbiah Cinta' siaran RTM. Pemuda ini juga sedang giat menjalani proses pembikinan single pertamanya yang berjudul 'Cerita Pada Mereka'. Lagu tersebut dicipta oleh Keroz Nazri dan dijangka akan menemui peminat di sekitar awal tahun 2014.

Biodata <b>Arja Lee</b> | Menulis Menconteng

Posted: 19 Oct 2013 07:37 PM PDT

Profil Arja Lee atau nama sebenar beliau Azharudin Ramli.

Nama penuh: Azharudin Ramli
Panggilan: Arja Lee
Tarikh lahir: 8 September 1983
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 27 Tahun
Pendidikan: Sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan, Universiti Sains Malaysia (USM)
Hobi: Melancong, melukis dan bersukan
Teater: Puteri Gunung Ledang, Mahsuri dan Kaki Blues
Drama: Alahai Anak Omak dan Ku Lagu Cinta Bisu
Filem: Anu Dalam Botol

Drama: Misiku Kuza
Samarinda : Saiful Nita TV3

sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan