Shila Amzah - Google Blog Search |
<b>Shila Amzah</b> Nafi Rapat Dengan Pelakon Baru | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 15 Jan 2014 02:27 AM PST Nampaknya kisah cinta Shila Amzah masih lagi dikorek dan diperkatakan biarpun penyanyi kebanggaan Malaysia ini pernah dua kali berdepan kekecewaan. Terbaru, timbul pula gosip yang mengatakan pelakon sedang meningkat naik, Aman Nassim kini berkawan rapat dengan Shila. Malah laporan Harian Metro semalam menyatakan Aman merasa pelik apabila permintaan ibu Shila, Fauziah Sarman yang mahukannya mengenali penyanyi itu dengan lebih rapat telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan salah faham. Aman Nassim pernah berlakon dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia Menurut Aman, berkemungkinan hasrat itu diluahkan kerana ibu Shila selesa dan berasa senang dengan perwatakannya. Bagaimanapun Shila yang ditemui sewaktu majlis ramah mesra bersama Shila Amzah di pejabat Warner Music Malaysia semalam seakan terkejut apabila diajukan soalan mengenai gosip tersebut.
Dalam masa yang sama, Shila menegaskan dia kini meletakkan had dalam berkawan dan enggan menjalinkan hubungan cinta sebelum matlamatnya dalam kerjaya tercapai.
Sementara itu, Shila juga menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa dia kini dikategorikan sebagai jutawan dengan jumlah perolehan pendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun.
Tambahnya lagi, disebabkan kenyataan tidak benar tersebut, dia kini berasa tidak selamat dan menganggap perkara sebegini boleh merisikokan keselamatannya. |
You are subscribed to email updates from Shila Amzah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan