Izreen Azminda - Google Blog Search |
- Anak <b>Izreen Azminda</b> Dimasukkan Ke Hospital? | Portal Hiburan <b>...</b>
- Harga Saya Masih Sama - <b>Izreen Azminda</b> | Portal Hiburan <b>...</b>
- <b>Izreen Azminda</b> Nasihat Johan As'ari Henti Mainkan Perasaan <b>...</b>
Anak <b>Izreen Azminda</b> Dimasukkan Ke Hospital? | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 19 Dec 2013 04:00 PM PST Sejak pelakon yang sedang meningkat naik, Izreen Azminda melahirkan bayi sulungnya beberapa bulan lepas, para peminat sering ditayangkan dengan foto-foto comel anaknya itu. Menerusi laman Instagram miliknya, boleh dikatakan setiap hari Izreen akan berkongsi keletah comel bayi yang diberi nama Muhammad Adrian Umar bersama peminatnya. Namun petang semalam, senyuman manja Adrian Umar tidak kelihatan sewaktu Izreen memuat naik foto anaknya itu yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan. Melalui gambar yang dikongsikan, Adrian Umar dipercayai mengalami sesak nafas dan kini sedang dirawat di sebuah hospital. Biar apapun penyakit yang dihidapi, diharapkan agar si kecil itu segera sembuh dan semoga tiada perkara serius yang berlaku kepadanya di masa akan datang. Untuk semua pembaca-pembaca OHBULAN!, di bawah ini kami sertakan foto-foto anak Izreen yang semakin membesar ini untuk tatapan anda. Kredit foto: Instagram Izreen Azminda |
Harga Saya Masih Sama - <b>Izreen Azminda</b> | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 02 Dec 2013 09:28 PM PST Anda kenal Izreen Azminda? Kami pasti anda sudah tidak asing lagi dengan nama pelakon ini kerana dia mampu meninggalkan kesan yang mendalam apabila menggalas setiap watak yang diberi lebih-lebih lagi watak antagonis. Walaupun namanya pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini, namun kemenangan Izreen di Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) baru-baru ini membuktikan bahawa dirinya mempunyai kualiti dan bakat yang tersendiri sebagai seorang pelakon. Jumaat lepas (29 November), Izreen Azminda telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi drama Perempuan Itu Ibuku di ASK 2013. Izreen tidak menjadikan trofi sebagai tiket untuk menaikkan harga lakonannya Izreen Azminda memberitahu bahawa dia amat terkejut apabila namanya dipanggil untuk menerima anugerah tersebut dan menyifatkan kemenangannya ini sebagai rezeki untuk anak.
Biarpun menerima pengiktirafan, Izreen tidak menjadikan trofi ini sebagai sandaran untuk menaikkan harga bayarannya.
Untuk pengetahuan, bekas peserta Dewi Remaja 2006 ini memulakan kerjaya sebagai pelakon tambahan menerusi drama pertama Sesuci Cinta Sofea, lakonan Rosyam Nor dan Rozita Che Wan. Selain itu, Izreen juga bakal muncul dalam drama berantai berjudul 7 Suami Nik Yah terbitan Suhan Movie tidak lama lagi. |
<b>Izreen Azminda</b> Nasihat Johan As'ari Henti Mainkan Perasaan <b>...</b> Posted: 29 Dec 2013 06:34 PM PST Semakin banyak isu yang tidak elok kini ditimbulkan oleh pelakon Johan As'ari terutamanya soal percintaan. Baru-baru ini Johan dikecam hebat kerana tindakannya memutuskan perhubungan dengan Lana setelah melamar wanita itu sebagai isteri. Tindakan Johan mengundang tidak puas hati ramai pihak. Sehubungan dengan itu ramai yang mengelarkan Johan sebagai "Playboy" kerana banyak mempermainkan perasaan ramai wanita yang pernah dikaitkannya. Lana bukanlah wanita pertama yang diperlakukan Johan sebegitu tetapi beberapa lagi wanita cantik iaitu Fasha Sandha, Nabila Huda, dan Shila Amzah termasuklah pelakon Izreen Azminda.. Oleh itu, sebagai seorang yang pernah melalui pengalaman pahit ketika bersama Johan, Izreen diminta mengulas tentang tindakan Johan terhadap Lana. Izreen memberi nasihat kepada Johan agar berhenti daripada mempermainkan perasaan wanita. Menurut Izreen, Johan sepatutnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.
Sementara itu, biarpun pernah melalui perkara yang sama ketika bersama Johan satu ketika dahulu, Izreen berkata dia sudahpun melupakan semuanya dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang. Hubungan Ezreen dan Johan pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja. OHMEDIA: KAMI JUGA HARAP JOHAN BERHENTI MAINKAN PERASAAN WANITA. JADI LELAKI MATANG, BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK. |
You are subscribed to email updates from Izreen Azminda - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan