Scha Alyahya - Google Blog Search |
- <b>Scha Al Yahya</b> Kini Hamil? | - Beautifulnara
- (TAHNIAH)<b>Scha Al Yahya</b> Sah Mengandung, Awal Ashaari Kongsi <b>...</b>
- <b>Scha Al-Yahya</b> Disahkan Hamil? | Oh! Artis
<b>Scha Al Yahya</b> Kini Hamil? | - Beautifulnara Posted: 12 Jan 2014 09:41 PM PST Anak adalah penyeri dalam kehidupan sepasang suami isteri. Tak pernah lagi Abang Nara dengar mereka yang berkahwin tetapi tak mahu anak. Cepat atau lambat, itu semua adalah rezeki daripada Allah. Membaca Pancaindera semalam, Abang Nara tumpang gembira apabila perkhabaran mengenai kehamilan Scha Al Yahya. Benar atau tidak berita ini, masih belum disahkan oleh tuan punya badan. Scha dan Awal telah mendirikan rumahtangga sekitar Mei 2012. Kalau anda mengikuti Instagram suami isteri ini, anda pasti akan perasan semenjak dua menjak ini Scha sering demam dan jatuh sakit. Menurut Syed yang menulis artikel kehamilan Scha semalam, sakit-sakit yang dialami oleh pengacara Muzik-Muzik ini adalah kerana pembawakan anak di dalam perut. Logik juga kan? Jika berita kehamilan ini adalah benar, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Scha dan Awal. Pasti mereka berdua sangat teruja. Abang Nara yakin para peminat mereka pun sangat gembira mendengar berita ini. Diharap Scha atau Awal dapat mengesahkan berita ini secepat mungkin. Beberapa lagi gambar pasangan sama cantik sama padan ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)<b>Scha Al Yahya</b> Sah Mengandung, Awal Ashaari Kongsi <b>...</b> Posted: 17 Jan 2014 01:41 AM PST Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Kalau sebelum ini Abang Nara ada menulis artikel mengenai ura-ura kehamilan Scha, kini berita gembira tersebut telah disahkan oleh Awal sendiri. Menerusi laman Facebooknya, Awal memaklumkan yang kehamilan isterinya sudah pun memasuk trimester kedua. Berikut ialah gambar dan status yang telah dikongi oleh Awal Ashaari:-
Pastinya Awal dan Scha kini sedang dalam keadaan teruja. Patutlah Scha banyak demam-demam kebelakangan ini. Semoga segalanya berjalan lancar buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat Awal dan Scha. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Scha Al-Yahya</b> Disahkan Hamil? | Oh! Artis Posted: 13 Jan 2014 08:20 PM PST Setelah hampir setahun lebih mendirikan rumahtangga, pasangan romantik Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya sudah tentu tidak lekang daripada soalan bilakan mereka bakal menimang cahayamata. Namun menurut laporan dari Utusan Online semalam memaklumkan bahawa pelakon cantik itu kini sedang hamil malah turut dimaklumkan bahawa Scha sering tidak sihat sejak kebelakangan ini. Samaada benar atau tidak masih belum pengesahan daripada empunya badan. Kita tunggu sahajalah berita dari Awal & Scha mengumumkan berita gembira ini kepada peminat mereka yang tersayang. Semenjak mendirikan rumahtangga pasangan ini kelihatannya dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus. Scha sibuk kendalikan program Muzik-Muzik manakalah Awal pula dengan rancangan Melodi. OHMEDIA: JIKA BERITA INI BENAR, KAMI TUMPANG GEMBIRA KEPADA AWAL DAN SCHA. |
You are subscribed to email updates from Scha Alyahya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan