Nuffnang

Jumaat, 14 Februari 2014

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Skandal <b>Adi Putra</b> Diceraikan Suami | Warta Rakyat

Posted: 20 Dec 2013 12:00 AM PST

Perempuan yang dikaitkan dengan pelakon Adi Putra, Noraida Abdul Rahman telah diceraikan oleh suaminya antara jam 4.30 hingga 5 pagi dua hari lalu.

Amiruddin Othman,56, suami Noraida mengaku telah menceraikan isterinya semalam.

Amirudin berkata, lafaz cerai talak satu dilakukan di kediaman mereka di Johor Bahru, antara jam 4.30 hingga 5 pagi dua hari lalu.

"Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah.

"Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke pejabat peguam negara di sini, sebentar tadi.

Menurut Amirudin, Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun bersedih dengan rumah tangga yang telah dibina selama 10 tahun telah runtuh.

Sebelum ini, Noraida dan suaminya muncul di khalayak umum apabila membuat sidang media bagi mendesak pihak polis membuka semula kes yang melibatkan pelakon, Adi Putra dan Noraida.

315 total views, 2 views today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan